Pages

Oct 22, 2010

Fastaqim Kama Umirta

Bismillahirrahmanirrahim... Moga kita sentiasa berada dalam naungan kasih dan Rahmat Ilahi. Alhamdulillah, masih diberi sedikit pinjaman usia dalam nikmat Islam dan Iman di muka bumi ini. Selawat dan salam buat pemimpin agung, kekasih utama yang telah mewaqafkan seluruh hidup baginda demi mengibarkan panji-panji Islam di serata alam. Semoga kita tergolong di kalangan hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Insya-ALLAH... saya kira kurang daripada 2 minggu lagi, maka akan berakhirlah taklifan yang tergalas di bahu selama hampir setahun sebagai Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej, bagi sessi 2009 dan 2010. Seperti semalam rasanya watikah perlantikan diterima, namun kini segalanya bakal menghampiri ke penghujungnya. Allahu Rabbi... cepatnya masa berlalu. Terasa bagai masih banyak perkara yang belum terlaksana. Teringat suatu ketika dahulu, apabila taklifan dan amanah itu diserah ke atas bahu ini. Rasa bagai seluruh bumi menghempap diri ini. Sebagai seorang NYDP yang perlu menjaga kebajikan ahli-ahli jawatankuasa perwaklan kolej yang lain seramai 16 orang, dan yang paling menakutkan apabila hampir 3500 orang penghuni kolej berada dalam tanggungjawab kami. Asataghfirullah.... mampukah diri ini....?

NUR ILYANI... ALLAH tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya. Saya bulatkan hati, tekadkan diri... taklifan ini akan ku pikul demi Mu Ya ALLAH. Tiada yang lain, segalanya hanya kerana Mu Ya ALLAH. Moga istiqamah hingga ke titik penghujungnya.



Buat adik beradik JPK yang disayangi... Hafsah, Kak Midah, Kak Izzah, Andra, Fairuz, Yasmeen, Mimie, Fiqa, Fatimah, Naza, Azzah, Seha, Adibah, Kak Naimah, Solehah, dan Kak Wani. Mohon maaf atas segala kata yang tidak disenangi, tingkah laku yang tidak menyenangkan, perhatian yang terabaikan, dan segala tindak tanduk sama ada disedari atau pun tidak. Harapan saya buat barisan kepimpinan JPK kali ini agar kita sama-sama merenungkan kembali serta bermuhasabah diri atas segala tindak tanduk yang telah kita lakukan. Adakah ianya mendatangkan Redha ALLAH atau sebaliknya...? Semoga keampunan ALLAH sentiasa mengiringi langkah kita semua.

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat menghantar email mengenai istiqamah... FASTAQIM KAMA UMIRTA.. Ya.. ini bukanlah kali pertama saya mendengarnya, namun penjelasan dalam email tersebut cukup membuatkan saya rasa bergetar. Kerana ayat inilah yang telah membuatkan Rasulullah S.A.W beruban dan tua, atas bebanan ayat tersebut.

"Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud...." kata Baginda s.a.w dalam sepotong hadith yang direkodkan daripada Ibn Abbas.

Istiqamah... konsisten dan teguh berdiri di jalan yang taat.

Begitu sukar untuk konsisten di jalan ALLAH..?

Tentu sahaja, kerana iman itu ada di suatu tempat yang sering berbolak balik, iaitu HATI. Masakan tidak, siangnya beriman, malamnya kufur.... Paginya memperjuangkan kebenaran, malamnya menjadi juara kebatilan... Hidup memperjuangkan kebaikan, matinya dalam kejahatan... ALLAH....!!!

Tidak hairanlah apabila memikirkan ISTIQAMAH, baginda s.a.w jadi beruban. Perintah ALLAH supaya Nabi s.a.w istiqamah, mafhumnya,

"Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu." [Hud : 112]

Oleh kerana inilah hati saya bergetar. Begitu sukar untuk istiqamah. Sesuatu taklifan rasmi atas nama jawatan yang kita terima hanyalah satu wasilah untuk kita membawa NUR ISLAM dalam hidup kita dan persekitaran kita. Jawatan itu akan berakhir apabila berakhirnya tempoh tertentu. Namun satu lagi taklifan, amanah dan tanggungjwab yang kita pikul hinggalah ke liang lahad adalah ISTIQAMAH dengan amalan dan dakwah. Itulah yang akan menjadi saksi sebagai ummat Muhammad S.A.W yang berikrar mahu menerusi jalan dakwah baginda di mahkamah mahsyar kelak.

Akhirul kalam, ingatlah sentiasa ikrar yang sering kita lafazkan dalam setiap solat kita.

" Katakanlah (Muhammad), sesunguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam." [Al-An'am : 162]

FASTAQIM KAMA UMIRTA..!!!!!!!!!!

p/s : syukran jazilan buat ukhti Rin atas peringatan yang benar-benar membuatkan saya bergetar hebat.

Oct 20, 2010

Salam Imtihan Semua...!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Saya kira belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER buat semua pelajar UiTM terutamanya yang berada di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah... kini tiba di penghujung semester. Dan perjuangan akan diteruskan dalam medan ilmu....

Buat semua yang mengenali diri ini mahu pun tidak, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala kekhilafan dalam berbicara, menulis, kelakuan, akhlak dan sebagainya. Maafkanlah insan hina yang serba kekurangan ini. Moga dengan kemaafan yang ikhlas itu, akan tenanglah saya ketika menjawab peperiksaan kelak.. Insya-ALLAH.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita kembali, adakah kita belajar selama ini kerana ingin menempuh peperiksaan semata-mata atau kerana ALLAH..? Kita mohon pertolongan ALLAH, namun kita sendiri meletakkan matlamat kita jauh dariNya, bagaimana agaknya nusrah ALLAH itu akan hadir...? Astaghfirullah hal 'azim.. Moga setiap tindak tanduk kita selama ini bersandarkan matlamat meraih Redha ALLAH semata-mata.

Ya ALLAH, andai kejayaan kami menjadi asbab kepada kemenangan Islam, maka cemerlangkanlah kami.. Andai kejayaan kami menjadikan kami makin jauh dari Mu, Engkaulah yang selayaknya menentukan natijahnya.... kerana kami mengimani apa yang telah Kau tetapkan untuk kami.. Redhakan kami dengan setiap ketentuanMu... Ameenn...

Ma'at taufiq wannajah fil imtihan..
Siru 'ala barakatillah...

Oct 17, 2010

Gelombang keadilan


Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Munsyid : Shoutul Harakah

Dengan perkara mungkar yang maha hebat akhir-akhir ini, maka bersyukurlah wahai hati-hati yang masih hidup dalam kesedaran Islam dan Iman.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah Ya ALLAH...

Ya Rabb.. tetapkan hati kami agar sentiasa bernafas dalam Islam dan Iman...
Pasak dan teguhkan hati kami dalam panji perjuangan agamaMu...
Akhiri hidup kami dengan kalimah LAILA HA ILA ALLAH...

Oct 12, 2010

Al-Quran vs cell phone...?



VS



Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treated our cell phone...?

What if we carried it around wherever we went...?

What if w flipped through it several time a day...?

What if we turned back to go get it if we forgot it...?

What if we used it to receive messages from the text...?

What if we treated it like we couldn't live without it...?

What if we gave it to kids as gift...?

What if we used it when we traveled...?

What if we used it in case of emergency...?

This is something to make you go... hmmm... where is my Quran...?

Oh, and one more thing...

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected because ALLAH already paid the bill...

Makes you stop and think'where are my priorities..? And no dropped calls...!


If you are one of the 7% who will stand up for ALLAH, forward this.
93% of the people won't forward it....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...