Pages

Sep 19, 2010

Kopi, Susu, Saya, Mereka dan Kamu...?

Daripada tajuk post diatas, apa yang anda semua fahami...

Saya nak bagi tau tentang cara membuat kopi susu...?

Dah tentu BUKAN....!!!

Ini kisah saya, mereka dan kamu. Kerana ianya berkisah tentang persahabatan, friendship, ukhuwah dan yang seangkatan dengannya. Sudah tentu kalian juga menghadapinya... Mana mungkin kita akan hidup sendirian di muka bumi ini.. ^_^

Kisah ini dikongsi oleh salah seorang sahabat suatu ketika dahulu, yang masih terpahat kukuh di benak fikiran saya... Let's share it together...

Bismillahirrahmanirrahim....

KOPI dan SUSU... Kedua-duanya tidak pernah sama, mempunyai sifat dan ciri-ciri yang jauh berbeza. Zahirnya tidak pernah bersama. KOPI itu pahit, dan selamanya akan pahit. Itu lumrahnya.... dan SUSU pula manis. Semanis rasanya.... MANIS dan PAHIT. Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang begitu ketara sekali. Satu hitam, dan satu lagi putih. Sesiapa yang melihatnya pasti dengan mudah dapat mengenali antara keduanya.

Tetapi apabila satu saat ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T dalam satu pertemuan indah, kedua-duanya mampu bersama sebenarnya. Bersatu menjadi sesuatu yang baru iaitu 'KOPI SUSU'. Dalam kisah saya, kamu dan mereka ianya dinamakan 'PERSAHABATAN', atau 'UKHUWAH, atau 'FRIENDSHIP'. Sebutan yang berbeza, tetapi membawa makna yang sama. Bila keduanya bertemu, sebati jiwanya, memahami dan difahami.... Manisnya ukhuwah dapat dirasai. Syahdu menyelubingi sekililingnya... Betapa besar pengaruhnya dalam kehidupan kita semua...

Tetapi berwaspadalah, dalam manisnya ukhuwah itu pasti akan ada banyak ujian dan dugaan. Umpama kopi dan susu, andai kita mencampur dan mengadunkan resepi kopi susu dengan sukatan yang tepat, pasti hasilnya pun akan baik.. Terhasillah kopi susu yang memang enak. Namun, andai kita tersilap langkah, terleka dan membiarkan ia terdedah kepada virus-virus yang tidak sepatutnya, boleh jadi akhirnya ianya akan menjadi masam.

Begitulah namanya 'PERSAHABATAN'

Kopi dan susu tidak sukar dijaga... Namun bagi satu ikatan bernama persahabatan ini yang bertunjangkan aqidah dan fikrah yang jelas, iaitu ISLAM... ianya sukar untuk ditemui, sukar untuk dijaga, dan sudah tentu sukar untuk melepaskannya..

At the end of story, jom kita pakat ramai-ramai pergi belajar untuk buat kopi susu yang paling sedap!!! Eyt... salah lah.. Kita haruslah belajar bagaimana untuk menjadi sahabat yang baik, sahabat yang dalam erti kata sahabat yang sebenar-benarnya. Bagaimana kita mahukan sahabat kita menjadi sahabat untuk kita, why don't we take the first step which is change ourself first... Ukhuwah Fillah... Bounded by aqidah..

Wallahualam..

Salam satu ummah... Aqidah didahulukan, syariat diutamakan...

Sep 10, 2010

Alhamdulillah... complete semuanya..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke Rabbul Izzati atas limpah kurnia dan kasih sayang-Nya, kita semua masih lagi bernafas dalam nikmat iman dan Islam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menyampaikan Islam yang kita terima pada hari ini, Rasulullah s.a.w serta kaum keluarga baginda dan para sahabat baginda..

Rasanya, belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang mengenali mahu pun tidak. Saya ingin memohon sejuta kemaafan andai ada kata yang tidak digemari, andai ada kelakuan yang mengguris hati, andai ada salah dan silap sama ada disedari atau pun tidak. Dan, pada tahun 1431 H ini, buat pertama kalinya dalam sejarah ganerasi Hj Ishak dan Hjh Kamariah, semua anggota keluarga berkumpul dalam satu masa. The best part is orang lain dari lembah klang akan pulang ke Kedah, Kelantan, Johor dan sebagainya... Tapi dalam family Hj Ishak dan Hjh Kamariah, orang Kelantan, Kedah, Johor, Melaka yang balik Kajang... Balik kampung di tengah bandar.. Hehehe... Uniknya family ini. Alhamdulillah...

Dan yang paling best, raya kali ini diserikan dengan kehadiran si comel yang memang comel... Haha.. Mereka ini telah mencuri hati saya.. Uish... macam jatuh cinta pulak bunyinya. Tapi memang dah cinta pun dengan mereka ini... Mak cu, tinggalkan je lah Snowbell dan Oren kat Kajang nie yer.. hehe.. Macam mana lar tak jatuh cinta, cube meh tengok sini..

Ini snowbell.. Dan dia sangat chumell... Hyper aktif dia neh..

Ini oren a.k.a Garfield.. Memang perangai pun lebih kurang jer.

So, jatuh cinta tak...? Serius comel... Camera pun penuh dengan gambar mereka berdua jer. Oren dan snowbell lepas nie kena balik Johor dah. Hmm... datang Kajang selalu yer...

Alhamdulillah Ya ALLAH atas segala pinjaman Mu ini... Kumpulkan kami di syurga Mu Ya Rabb.. Ameen.

Hepi Eid Mubarak semua...

p/s : Raya tu, raya jugak... tapi jgn lupa dengan isu rancangan pembakaran Al-Quran di Amerika. Jadi, mainkanlah peranan masing-masing demi Islam yang tercinta. Doa, doa dan terus berdoa. Ya Rabb... hancurkanlah musuh-musuhMu seperti mana Kau hancurkan tentera-tentera Ahzab, hancurkanlah musuh-musuh yang mahu membakar kitab suci Mu Ya ALLAH, dan menangkan agamaMu Ya ALLAH agar bumi ini terus diimarahkan dengan syariatMu.. Ameen..

Sep 1, 2010

Merdeka dunia vs Merdeka akhirat...?

Keadaan remaja Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun


......................................................................................................

Keadaan remaja Palestine yang masih menuntut kemerdekaan yang hakiki




Saya kira gambar-gambar diatas sudah 'berbicara' dengan secukupnya untuk pengertian anda semua. Bukan begitu...?? Saya bawakan sedikit pesanan untuk ummat Islam di Malaysia oleh Dr. Khalil Ismail al-Hayya, wakil HAMAS di Palestine. Ucapan ini dipetik daripada buku yang bertajuk "HAMAS.. Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis" oleh Maszlee Malik. Pesanan yang berbunyi :

"Kami juga dipilih oleh ALLAH supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami."

"Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar mahu memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semula ummat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini."

"Buat ummat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestine. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan ummat Islam dan hadiah buat perjuangan pencinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?"

"Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestine dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, dimanakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?"

"Ummat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian."

"Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada ALLAH atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

"Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat ALLAH akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.."

ALLAHU AKBAR!!!!

Tidakkah kalian merasakan apa yang saya rasakan tatkala membaca ucapan ini..?? Tidakkah bergetar hati kita semua apabila mengenangkan setiap titis darah syuhada' yang gugur di bumi Palestine itu akan dipertanggungjawabkan pada kita semua selaku UMMAT MUHAMMAD...?????? Astaghfirullah hal 'azim..


Kenapa para syuhada' Palestine begitu kental dalam perjuangan ini...? JAWAPANNYA..........

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah : 153]

dan mereka begitu mengimani ayat-ayat cinta daripada ALLAH...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad : 7]


Siapa kata mereka pengganas...????

Siapa kata mereka mundur....???


Siapa kata mereka tidak mengecapi bahagia....???




Nah... ini jawapan ALLAH.


"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan ALLAH. Dan ALLAH Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." [Al-Baqarah : 207]



"Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian serta berjihad di jalan ALLAH? Mereka tidak sama di sisi ALLAH. ALLAH tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan ALLAH, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan." [At-Taubah : 19-20]



"Seungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahu pun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." [At-Taubah : 111]



"Dan diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH. Dan diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)" [Al-Ahzab : 23]



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." [As-Saff : 10-11]


Dan mereka telah mencapai 'kemerdekaan' yang hakiki...


Senyumlah wahai jiwa-jiwa yang telah merdeka... Sesungguhnya kalian telah mendahului kami dalam keadaan yang diidamkan oleh semua Ummat Muhammad.



Senyumlah wahai para syuhada' Palestine, kalian sedang berehat dan berbahagia dalam destinasi menuju Sang Kekasih...



Ahh... saya inginkan pengakhiran saya seperti ini juga. Menuju Sang Kekasih dalam senyuman kemerdekaan... Tidakkah kalian mengidamkannya juga..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...