Pages

Jul 24, 2010

Jalan dakwah itu sukar kerana kita sendiri...??

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamu’alaikum warahmatullah hi wabarakatuh..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w, pembawa risalah perjuangan Islam, yang membawa khabar gembira dan peringatan buat seluruh ummat manusia... seterusnya ahli keluarga baginda, kaum keluarga baginda, para sahabat baginda dan seluruh ikhwan dan akhawat yang meneruskan misi terbesar baginda s.a.w...


Semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadaNya.. Insya-ALLAH...

Sebelum saya meneruskan kata, sebelum saya meluahkan rasa, ingin saya memohon kemaafan kepada ikhwan dan akhawat sekalian andaikata apa yang ingin dibicarakan akan mengguris hati dan perasaan ikhwan dan akhawat sekalian. Lapangkanlah hati kalian untuk menganalisa setiap butir kata demi memperbaiki diri.. (peringatan buat diri yang serba kekurangan ini juga)

Ikhwan dan akhawat fillah...
Saya tahu, saya hanyalah budak hingusan yang tidak layak untuk berkata-kata... Kerana rata-rata daripada kalian adalah lebih hebat.. Jauh lebih hebat daripada diri ini. Saya tidaklah sehebat dan semantap akhi-akhi dan ukhti-ukhti.. Maka bimbinglah saya untuk memantapkan diri ini demi RedhaNya... Tegur saya jika saya lalai, betulkan saya andai saya silap. Perkara yang ingin saya bicarakan ini mungkin nampak remeh dan mudah pada pandangan sesetengah pihak.. Namun pada pandangan saya yang serba kekurangan ini, jika perkara ini tidak dikawal maka ianya akan menjadi fitnah pada agama yang kita cintai.. Na’uzubillah...


Ini perbincangan antara saya dengan seorang kawan saya pada suatu masa dahulu...

Kawan : Saya masa mula-mula kenal awak tak berani nak tegur awak... Hehe.. Tapi rupa-rupanya awak nie boleh masuk jugak dengan orang macam kite orang..

Saya : Saya tak memilih kawan lar... Insya-ALLAH... awak baik, tak de sebab untuk saya tak nak kawan dengan awak..

Kawan : Saya nak cakap something nie. Emm... Sebenarnya, kadang-kadang saya hilang respect pada orang-orang yang luarannya nampak alim. Yer lar.. maksudnya yang berkopiah dan tudung labuh nie..

Saya : Kenapa macam tu?

Kawan : Yer lar, sebabnya diorang nie akan berkawan dengan geng-geng diorang jer.. Nampak sangat. Bukan tu jer.. Ada kadang-kadang tu saya tengok siap bergurau senda dengan lelaki dan perempuan antara diorang. Especially dekat facebook. I have bad impression to them. Cakap pasal batas pergaulan bukan main lagi. Tapi diorang pun same jer... Tapi yang bagus tu memang bagus lar.. Tak dinafikan. Cuma yang kurang menjaga sikit tu yang akan memberikan tanggapan buruk kepada yang lain. Sebab tu lar saya kurang respect siket. Tapi tak semua lar..

Terdiam sebentar saya memikirkan segala apa yang dikatakan oleh kawan saya. Yer... betul. Saya tak nafikan akan perkara ini.

Ikhwan dan akhawat seperjuangan...
Teringat saya akan kata-kata ini....
“kalau kita nak tahu keburukan kita, jangan tanya pada orang yang paling rapat dengan kita, tapi bertanyalah pada musuh kita. Mereka pasti akan beritahu segala keburukan dan kelemahan kita.”


Maaf sahabat-sahabat... bukannya saya maksudkan kawan saya itu sebagai musuh saya. Tetapi itu bukan persoalannya sekarang. Tetapi adakah ikhwan dan akhawat sekalian sedar bahawa ‘ORANG-ORANG LUAR’ ini sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk kita selain ALLAH dan para malaikat?

Ikhwan dan akhawat fillah...
Ada diantara kalian yang mengambil ringan, atau dengan kata yang lain merukhsah kan tentang ikhtilat ini... Ada diantaranya bermesej dan meletakkan komen di laman web sosial yang kurang menyenangkan... Dan kadang kala wujud suasana ‘sakat menyakat’ antara ikwan dan akhawat.. sebab yang pasti, sama ada yang menyakat atau yang disakat itu akan tersenyum lebar membaca mesej yang dibalas... Dan kalau bahasa yang agak biasa, saya akan katakan “sweeetttt nyeeerrr diiooorraaannggg....”


Nampak sweet bile si lelaki menyakat si perempuan, dan si perempuan pula tersipu-sipu malu membalas sakatan itu. Akhirnya kedua-duanya tenggelam dalam lautan ‘sakat-menyakat’ sehinggalah ‘sakatan’ tersebut terkubur di situ...

Astaghfirullahal ‘azim...

ISLAM itu mulia dan dilihat mulia oleh orang-orang di luar sana. Kita memikul amanah dariNya dan meneruskan perjuangan NABI MUHAMMAD S.A.W untuk menyampaikan walaupun sepotong ayat. Insya-ALLAH... kita telah sampaikan ‘ayat’ tersebut... tetapi ikhwan dan akhawat yang diredhai ALLAH sekalian, adakah kita pasti bahawa kita telah beramal dengan ilmu atau ‘ayat’ yang kita telah sampaikan pada mereka di luar sana? Kita telah menyampaikan dan mengingatkan tentang IKHTILAT pada mereka.... kita cegah orang lain daripada melakukan maksiat (HISBAH).... tapi, satu persoalan menarik yang perlu kita tanya hati kita ialah adakah kita mampu mencegah diri kita daripada ‘maksiat’ yang tak nampak tu......?

Ikhwan dan Akhawat fillah...
Andai seseorang itu tergolong daripada golongan yang beriman kepada ALLAH dan RasulNya, yang menjaga solatnya, yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar... Maka yakinlah, untuk golongan-golongan seperti ini, syaitan yang mendatangi mereka ialah daripada kalangan KOPERAL, SARJAN dan lain-lain pangkat yang tinggi-tinggi dan hebat-hebat belaka.. bukan dalam kalangan PREBET atau AHLI BIASA yang andai dipujuk rayu oleh oleh golongan PREBET ini, dengan mudah golongan-golongan beriman ini menepis segala pujuk rayu dan hasutan syaitan yang direjam ini. Insya-ALLAH... dan percayalah bahawa SENJATA-SENJATA yang digunakan oleh KOPERAL dan SARJAN tu bukan calang-calang senjata. Mereka tidak akan menggunakan senjata seperti ‘lastik, rifle, senapang patah atau M16’, tetapi mereka akan gempur dengan menggunakan ‘KERETA KEBAL’ yang dilengkapi dengan senjata yang cukup canggih, yang mana senjata itu boleh “menyerang dan menembak musuh pada jarak jauh” atau yang paling dahsyat senjata tersebut dapat “membunuh musuh dari kedudukan yang tidak disedari musuh...”


Untuk mereka yang belum memahami ISLAM sepenuhnya, mereka (syaitan) akan cuba menyesatkan golongan tersebut dengan ‘hubungan sebelum berkahwin’ atau nama lainnya adalah COUPLE. Tetapi untuk mereka yang memahami ISLAM dan dalam masa yang sama mengejar CINTA ALLAH dan KEREDHAANNYA, sudah semestinya COUPLE itu bukanlah sesuatu cara yang baik untuk me’LAGHA’kan golongan itu... sebab golongan-golongan tersebut hanya akan menjalinkan hubungan selepas berkahwin., bukan? Kerana matlamat golongan ini hanyalah ingin membina hubungan yang halal dalam Redha ALLAH S.W.T... Jadinya, antara ‘senjata’ canggih yang digunakan oleh syaitan untuk golongan ini adalah melalui istilah “UKHUWWAH”. Senjata yang halus, tidak disedari oleh mangsa dan senjata nie adalah ‘HALAL’ disisi ISLAM...

Berhati-hatilah dengan istilah ini... seorang akhawat boleh menyebut ‘sayang’nya kepada seorang ikhwan. Dan seorang ikhwan menyebutkan rindunya pada seorang akhawat ... (Contohnya “uhibbuki fillah abadan abada”...)

Melalui istilah “UKHUWWAH” ini, syaitan akan menampakkan yang ianya tidak salah untuk ikhwan kacau akhawat.... (sebab ukhuwwah la katakan....) dan melalui istilah itulah akhawat tanpa segan silu melayan kacauan dari ikhwan tadi... Sukar untuk percaya?? Hmmm... Percayalah kerana ianya benar-benar berlaku... (Astaghfirullah hal ‘azim.. Jauhkan aku daripada melakukannya..)

Kalau setakat ambil tahu hal sahabat, tidak mengapalah... Contohnya jika sahabat (yang berlainan jantina) mengalami musibah, misal kata kematian... Maka cukuplah bertanya sekadarnya sahaja.. Tidak perlu lar nak buat ikon SMILEY atau SEDIH ker... Kalau untuk sesama jantina tak pe lar, malah memang digalakkan kerana ianya akan merapatkan ukhuwah lagi adalah...! Tapi, kalau yang berlainan jantina, kekok benar rasanya... nampak mesra semacam jer..

Ikhwan dan akhawat seperjuangan...
Syaitan akan menampakkan perhubungan melalui istilah “UKHUWWAH” itu sesuatu yang cantik, diredhai, diberkati oleh PENCIPTA kita.. Tapi sedarlah, syaitan juga akan menggunakan saat itu untuk menusuk JARUM-JARUM yang DILUMURKAN dengan VIRUS-VIRUS yang sangat berbahaya ke HATI kita.. Dan salah satu virus tersebut dinamakan VIRUS MAKSIAT... Sedarkah kalian bahawa virus-virus tersebut boleh menyebabkan hati kita SAKIT... bila HATI SAKIT, maka niat kita akan mudah untuk berubah.. dan perkara ini boleh menjurus ke arah VIRUS-VIRUS yang akan merosakkan UKHUWWAH itu sendiri...

Untuk bertempur memerangi “KOPERAL dan SARJAN” yang hebat itu, salah satunya adalah melalui PENJAGAAN HATI..

Kita sedia maklum bahawa HATI amat beperanan dalam mengawal diri kita... Hati yang benar-benar tunduk dan patuh serta sarat dengan cinta Rabbnya, akan membuatkan tuannya untuk senantiasa rapat dengan ALLAH... tetapi, hati yang kotor akan menimbulkan HIJAB untuk HIDAYAH dan NUR ISLAMI itu untuk masuk dan menerangi hati dan akhlak kita...

Jangan dipersoalkan kenapa susah sangat kita nak mengajak orang disekeliling kita untuk dekat dengan ISLAM andai ‘SEKETUL DAGING’ yang kita miliki itu tidak dijaga degan elok...

Mungkin jalan dakwah itu lebih sukar kerana diri kita sendiri...

Kerana boleh jadi, hubungan kita dengan ALLAH tidak berapa cantik... maka, sudah semestinya hubungan kita dengan manusia akan jadi kacau bilau.

Semoga apa pun yang kita lakukan, moga-moga ALLAH akan memelihara kita daripada melakukan DOSA-DOSA dan PERKARA yang ALLAH MURKAI.. Sama ada secara sengaja mahupun tidak.. Sama ada secara sembunyi atau pun tidak... Sama ada secara sedar atau pun tidak... Insya-ALLAH....

Sebelum mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hati ini, saya secara peribadi telah mengambil masa yang cukup lama untuk membuat keputusan... Ini kerana saya amat takut akan amaran ALLAH dalam Surah As-Saff ayat 2 -3...
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”


Astaghfirullah hal ‘azim....
Astaghfirullah hal ‘azim....
Astaghfirullah hal ‘azim...


Sahabat-sahabat pemegang panji-panji dakwah... bermula saat ini, saya akan diuji dengan apa yang telah saya katakan... Saya mohon kepada semua sahabat-sahabat seandainya ada tindakan saya sebelum ini, selepas ini ataupun yang sedang saya buat pada fikiran sahabat-sahabat semua tidak wajar untuk saya buat, TOLONGLAH SAHABAT.... NASIHATKAN SAYA... BETULKAN SAYA dan TEGUR SAYA.... JANGAN BIARKAN SAYA BERTERUSAN MELAKUKAN KESALAHAN ITU.. saya amat menghargai kesudian sahabat-sahabat semua.

Yang paling penting, SEMOGA DIRI KITA, AKHLAK KITA DAN PERIBADI KITA TIDAK AKAN SEKALI-KALI MENIMBULKAN FITNAH KEPADA ISLAM YANG KITA CINTAI... amin Ya Rabb.

“Islam datang dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali dagang (asing)... maka beruntunglah golongan yang asing..”

Biarlah kita dipandang serong kerana mengamalkan ISLAM yang SEBENAR... tapi JANGAN KERANA KITA, ISLAM DIPANDANG SERONG.. na’uzubillah..

Ikhwan dan akhawat fillah...
Mungkin ada dikalangan kalian yang tidak setuju dengan apa yang saya coretkan ini. Terpulanglah... saya mohon maaf andai saya dilihat terlalu syadid dalam hal ini. Oleh kerana hal ini berkait dengan HATI, sesuatu yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar, kerana itulah saya luahkan pada waktu dan saat ini. Bagi sesiapa yang tidak dapat terima pandangan saya, tak pe lah... abaikan sahaja. Sahabat-sahabat boleh buat apa yang sahabat-sahabat rasakan betul pada pandangan mata kalian. Atau mungkin ada di kalangan kalian yang mamang gitu ‘style’ nye, terpulanglah... Saya mohon, sahabat-sahabat semua supaya lapangkan dada dan sama-samalah kita menganalisa semula diri kita. Jika masih berkeras dengan pendirian kalian, it’s up to all of u. U, your self will decide what best for u. I’m juz doing the things that I should .. Sorry for everything.


Sahabat-sahabat...
Kita umpama berada dalam satu kapal. Sebagai contoh, orang yang berada di bawah kapal ingin mengambil air. Tanpa memikirkan orang yang berada di atas kapal, maka ditebuknya bahagian bawah kapal tersebut. Jangan kerana situasi ini, seluruh kapal tenggelam... yang diatas dan dibawah.. na’uzubillah... (Saya harap sahabat-sahabat faham maksud saya).


Ambillah iktibar daripada mana-mana sudut yang baik daripada coretan saya nie. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Satu sempadan yang kukuh agar kita semua tidak terjerumus kepada perkara-perkara buruk tersebut.. Ambillah iktibar untuk mengawal hal ini daripada menjadi BARAH dalam HATI kita semua. Prevention is better then cure...

Syukran jazilan kerana sudi membaca luahan hati yang panjang dan agak bosan ini.. Maaf andai ianya menyusahkan sahabat-sahabat semua...

Maafkan saya atas segala-galanya....
Syukran Jazilan ‘Ala Kullihal...


Wallahu’alam...
Wassalam...

Jul 20, 2010

Ukhti Fillah... Damailah dikau disisi ALLAH.

Pusara seorang srikandi Islam... Sungguh tenang.
Ya ALLAH.. cucurilah Rahmat ke atas roh sahabatku..
“Salam sahabat-sahabat. Kak Anis telah disahkan meninggal dunia. Sedehkan Al-Fatihah.”

Tergamam ku tatkala menerima satu sms yang cukup ringkas, tetapi cukup membuatkan seluruh hidupku bagaikan gelap seketika... Innalillahhi wainna ilahi raji’un.. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali...

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.” (Al-Ankabut : 57)

Bismillahirrahmanirrahim...
Dedikasi kali ini adalah khas buat ukhti fillah ARWAH ANIS AMIRAH AHMAD LUTFI yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Julai 2010 kerana denggi berdarah.

Ukhtiku,
Rasa seperti baru semalam kita disapa dengan salam ukhuwah,
Dengan senyuman yang cukup manis,
Engkau menanyakan namaku...
Tapi kini,
Senyumanmu itu hanya akan berlegar di ruang fikiranku sahaja...

Ya ALLAH..
Engkau Melihat penat lelah sahabatku dalam memperjuangkan agamaMu,
Engkau Mengetahui setiap langkahnya dalam membela agamaMu,
Engkau Mendengar setiap tangisan dan rintihannya dalam memegang panji perjuangan RasulMu,
Ya ALLAH..
HambaMu yang serba kekurangan ini melihat setiap usaha sahabatku dalam membawa agamaMu tatkala orang lain sibuk dengan hal dunia...
HambaMu yang hina ini pernah mendengar keluhan dan kekesalan sahabatku tatkala melihat bercambahnya program maksiat di bumiMu Ya Rabb...
HambaMu yang penuh dosa ini melihat bagaimana ukhtiku bersungguh mengamalkan syariatMu tatkala orang lain melihatnya dengan pandangan yang serong....

Maka Ya ALLAH...
Kau jadikanlah kematian ini sebagai satu kerehatan baginya...
Kerehetan daripada kelelahan dunia yang penuh dengan ujian...
Ya Rabb...
Tempatkanlah sahabat seperjuanganku di kalangan para syuhada’...
Kerana cintanya pada agamaMu tatkala orang lain memandang ringan dengan urusan agama..

Ukhti Fillah ANIS AMIRAH AHMAD LUTFI...
Beruntungnya dikau kerana ‘dilamar’ oleh wildan...
Pemergianmu satu kehilangan yang amat dirasakan...
Tatkala dirimu masih diperlukan..
Wahai srikandi pembela agama ALLAH...
Tidurlah dikau dengan aman...
Rehatlah dikau dengan tenang...
Doa kami mengiringi pemergian mu menuju Sang Kekasih..
Berbahagialah dijemput ketika dirimu tetap teguh dalam saf perjuangan....
Perjuanganmu akan kami teruskan...
Semangatmu akan terpasak teguh dalam hati kami...
ANIS AMIRAH AHMAD LUTFI...
Salam sayang penuh kerinduan dari adikmu...
Sesungguhnya, kami akan menyusuli langkahmu wahai srikandi Islam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...