Pages

Oct 22, 2010

Fastaqim Kama Umirta

Bismillahirrahmanirrahim... Moga kita sentiasa berada dalam naungan kasih dan Rahmat Ilahi. Alhamdulillah, masih diberi sedikit pinjaman usia dalam nikmat Islam dan Iman di muka bumi ini. Selawat dan salam buat pemimpin agung, kekasih utama yang telah mewaqafkan seluruh hidup baginda demi mengibarkan panji-panji Islam di serata alam. Semoga kita tergolong di kalangan hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Insya-ALLAH... saya kira kurang daripada 2 minggu lagi, maka akan berakhirlah taklifan yang tergalas di bahu selama hampir setahun sebagai Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej, bagi sessi 2009 dan 2010. Seperti semalam rasanya watikah perlantikan diterima, namun kini segalanya bakal menghampiri ke penghujungnya. Allahu Rabbi... cepatnya masa berlalu. Terasa bagai masih banyak perkara yang belum terlaksana. Teringat suatu ketika dahulu, apabila taklifan dan amanah itu diserah ke atas bahu ini. Rasa bagai seluruh bumi menghempap diri ini. Sebagai seorang NYDP yang perlu menjaga kebajikan ahli-ahli jawatankuasa perwaklan kolej yang lain seramai 16 orang, dan yang paling menakutkan apabila hampir 3500 orang penghuni kolej berada dalam tanggungjawab kami. Asataghfirullah.... mampukah diri ini....?

NUR ILYANI... ALLAH tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya. Saya bulatkan hati, tekadkan diri... taklifan ini akan ku pikul demi Mu Ya ALLAH. Tiada yang lain, segalanya hanya kerana Mu Ya ALLAH. Moga istiqamah hingga ke titik penghujungnya.



Buat adik beradik JPK yang disayangi... Hafsah, Kak Midah, Kak Izzah, Andra, Fairuz, Yasmeen, Mimie, Fiqa, Fatimah, Naza, Azzah, Seha, Adibah, Kak Naimah, Solehah, dan Kak Wani. Mohon maaf atas segala kata yang tidak disenangi, tingkah laku yang tidak menyenangkan, perhatian yang terabaikan, dan segala tindak tanduk sama ada disedari atau pun tidak. Harapan saya buat barisan kepimpinan JPK kali ini agar kita sama-sama merenungkan kembali serta bermuhasabah diri atas segala tindak tanduk yang telah kita lakukan. Adakah ianya mendatangkan Redha ALLAH atau sebaliknya...? Semoga keampunan ALLAH sentiasa mengiringi langkah kita semua.

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat menghantar email mengenai istiqamah... FASTAQIM KAMA UMIRTA.. Ya.. ini bukanlah kali pertama saya mendengarnya, namun penjelasan dalam email tersebut cukup membuatkan saya rasa bergetar. Kerana ayat inilah yang telah membuatkan Rasulullah S.A.W beruban dan tua, atas bebanan ayat tersebut.

"Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud...." kata Baginda s.a.w dalam sepotong hadith yang direkodkan daripada Ibn Abbas.

Istiqamah... konsisten dan teguh berdiri di jalan yang taat.

Begitu sukar untuk konsisten di jalan ALLAH..?

Tentu sahaja, kerana iman itu ada di suatu tempat yang sering berbolak balik, iaitu HATI. Masakan tidak, siangnya beriman, malamnya kufur.... Paginya memperjuangkan kebenaran, malamnya menjadi juara kebatilan... Hidup memperjuangkan kebaikan, matinya dalam kejahatan... ALLAH....!!!

Tidak hairanlah apabila memikirkan ISTIQAMAH, baginda s.a.w jadi beruban. Perintah ALLAH supaya Nabi s.a.w istiqamah, mafhumnya,

"Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu." [Hud : 112]

Oleh kerana inilah hati saya bergetar. Begitu sukar untuk istiqamah. Sesuatu taklifan rasmi atas nama jawatan yang kita terima hanyalah satu wasilah untuk kita membawa NUR ISLAM dalam hidup kita dan persekitaran kita. Jawatan itu akan berakhir apabila berakhirnya tempoh tertentu. Namun satu lagi taklifan, amanah dan tanggungjwab yang kita pikul hinggalah ke liang lahad adalah ISTIQAMAH dengan amalan dan dakwah. Itulah yang akan menjadi saksi sebagai ummat Muhammad S.A.W yang berikrar mahu menerusi jalan dakwah baginda di mahkamah mahsyar kelak.

Akhirul kalam, ingatlah sentiasa ikrar yang sering kita lafazkan dalam setiap solat kita.

" Katakanlah (Muhammad), sesunguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam." [Al-An'am : 162]

FASTAQIM KAMA UMIRTA..!!!!!!!!!!

p/s : syukran jazilan buat ukhti Rin atas peringatan yang benar-benar membuatkan saya bergetar hebat.

Oct 20, 2010

Salam Imtihan Semua...!!


Bismillahirrahmanirrahim...

Saya kira belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER buat semua pelajar UiTM terutamanya yang berada di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah... kini tiba di penghujung semester. Dan perjuangan akan diteruskan dalam medan ilmu....

Buat semua yang mengenali diri ini mahu pun tidak, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala kekhilafan dalam berbicara, menulis, kelakuan, akhlak dan sebagainya. Maafkanlah insan hina yang serba kekurangan ini. Moga dengan kemaafan yang ikhlas itu, akan tenanglah saya ketika menjawab peperiksaan kelak.. Insya-ALLAH.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita kembali, adakah kita belajar selama ini kerana ingin menempuh peperiksaan semata-mata atau kerana ALLAH..? Kita mohon pertolongan ALLAH, namun kita sendiri meletakkan matlamat kita jauh dariNya, bagaimana agaknya nusrah ALLAH itu akan hadir...? Astaghfirullah hal 'azim.. Moga setiap tindak tanduk kita selama ini bersandarkan matlamat meraih Redha ALLAH semata-mata.

Ya ALLAH, andai kejayaan kami menjadi asbab kepada kemenangan Islam, maka cemerlangkanlah kami.. Andai kejayaan kami menjadikan kami makin jauh dari Mu, Engkaulah yang selayaknya menentukan natijahnya.... kerana kami mengimani apa yang telah Kau tetapkan untuk kami.. Redhakan kami dengan setiap ketentuanMu... Ameenn...

Ma'at taufiq wannajah fil imtihan..
Siru 'ala barakatillah...

Oct 17, 2010

Gelombang keadilan


Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Munsyid : Shoutul Harakah

Dengan perkara mungkar yang maha hebat akhir-akhir ini, maka bersyukurlah wahai hati-hati yang masih hidup dalam kesedaran Islam dan Iman.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah Ya ALLAH...

Ya Rabb.. tetapkan hati kami agar sentiasa bernafas dalam Islam dan Iman...
Pasak dan teguhkan hati kami dalam panji perjuangan agamaMu...
Akhiri hidup kami dengan kalimah LAILA HA ILA ALLAH...

Oct 12, 2010

Al-Quran vs cell phone...?



VS



Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treated our cell phone...?

What if we carried it around wherever we went...?

What if w flipped through it several time a day...?

What if we turned back to go get it if we forgot it...?

What if we used it to receive messages from the text...?

What if we treated it like we couldn't live without it...?

What if we gave it to kids as gift...?

What if we used it when we traveled...?

What if we used it in case of emergency...?

This is something to make you go... hmmm... where is my Quran...?

Oh, and one more thing...

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being disconnected because ALLAH already paid the bill...

Makes you stop and think'where are my priorities..? And no dropped calls...!


If you are one of the 7% who will stand up for ALLAH, forward this.
93% of the people won't forward it....

Sep 19, 2010

Kopi, Susu, Saya, Mereka dan Kamu...?

Daripada tajuk post diatas, apa yang anda semua fahami...

Saya nak bagi tau tentang cara membuat kopi susu...?

Dah tentu BUKAN....!!!

Ini kisah saya, mereka dan kamu. Kerana ianya berkisah tentang persahabatan, friendship, ukhuwah dan yang seangkatan dengannya. Sudah tentu kalian juga menghadapinya... Mana mungkin kita akan hidup sendirian di muka bumi ini.. ^_^

Kisah ini dikongsi oleh salah seorang sahabat suatu ketika dahulu, yang masih terpahat kukuh di benak fikiran saya... Let's share it together...

Bismillahirrahmanirrahim....

KOPI dan SUSU... Kedua-duanya tidak pernah sama, mempunyai sifat dan ciri-ciri yang jauh berbeza. Zahirnya tidak pernah bersama. KOPI itu pahit, dan selamanya akan pahit. Itu lumrahnya.... dan SUSU pula manis. Semanis rasanya.... MANIS dan PAHIT. Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang begitu ketara sekali. Satu hitam, dan satu lagi putih. Sesiapa yang melihatnya pasti dengan mudah dapat mengenali antara keduanya.

Tetapi apabila satu saat ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T dalam satu pertemuan indah, kedua-duanya mampu bersama sebenarnya. Bersatu menjadi sesuatu yang baru iaitu 'KOPI SUSU'. Dalam kisah saya, kamu dan mereka ianya dinamakan 'PERSAHABATAN', atau 'UKHUWAH, atau 'FRIENDSHIP'. Sebutan yang berbeza, tetapi membawa makna yang sama. Bila keduanya bertemu, sebati jiwanya, memahami dan difahami.... Manisnya ukhuwah dapat dirasai. Syahdu menyelubingi sekililingnya... Betapa besar pengaruhnya dalam kehidupan kita semua...

Tetapi berwaspadalah, dalam manisnya ukhuwah itu pasti akan ada banyak ujian dan dugaan. Umpama kopi dan susu, andai kita mencampur dan mengadunkan resepi kopi susu dengan sukatan yang tepat, pasti hasilnya pun akan baik.. Terhasillah kopi susu yang memang enak. Namun, andai kita tersilap langkah, terleka dan membiarkan ia terdedah kepada virus-virus yang tidak sepatutnya, boleh jadi akhirnya ianya akan menjadi masam.

Begitulah namanya 'PERSAHABATAN'

Kopi dan susu tidak sukar dijaga... Namun bagi satu ikatan bernama persahabatan ini yang bertunjangkan aqidah dan fikrah yang jelas, iaitu ISLAM... ianya sukar untuk ditemui, sukar untuk dijaga, dan sudah tentu sukar untuk melepaskannya..

At the end of story, jom kita pakat ramai-ramai pergi belajar untuk buat kopi susu yang paling sedap!!! Eyt... salah lah.. Kita haruslah belajar bagaimana untuk menjadi sahabat yang baik, sahabat yang dalam erti kata sahabat yang sebenar-benarnya. Bagaimana kita mahukan sahabat kita menjadi sahabat untuk kita, why don't we take the first step which is change ourself first... Ukhuwah Fillah... Bounded by aqidah..

Wallahualam..

Salam satu ummah... Aqidah didahulukan, syariat diutamakan...

Sep 10, 2010

Alhamdulillah... complete semuanya..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke Rabbul Izzati atas limpah kurnia dan kasih sayang-Nya, kita semua masih lagi bernafas dalam nikmat iman dan Islam.. Selawat dan salam buat junjungan mulia yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menyampaikan Islam yang kita terima pada hari ini, Rasulullah s.a.w serta kaum keluarga baginda dan para sahabat baginda..

Rasanya, belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang mengenali mahu pun tidak. Saya ingin memohon sejuta kemaafan andai ada kata yang tidak digemari, andai ada kelakuan yang mengguris hati, andai ada salah dan silap sama ada disedari atau pun tidak. Dan, pada tahun 1431 H ini, buat pertama kalinya dalam sejarah ganerasi Hj Ishak dan Hjh Kamariah, semua anggota keluarga berkumpul dalam satu masa. The best part is orang lain dari lembah klang akan pulang ke Kedah, Kelantan, Johor dan sebagainya... Tapi dalam family Hj Ishak dan Hjh Kamariah, orang Kelantan, Kedah, Johor, Melaka yang balik Kajang... Balik kampung di tengah bandar.. Hehehe... Uniknya family ini. Alhamdulillah...

Dan yang paling best, raya kali ini diserikan dengan kehadiran si comel yang memang comel... Haha.. Mereka ini telah mencuri hati saya.. Uish... macam jatuh cinta pulak bunyinya. Tapi memang dah cinta pun dengan mereka ini... Mak cu, tinggalkan je lah Snowbell dan Oren kat Kajang nie yer.. hehe.. Macam mana lar tak jatuh cinta, cube meh tengok sini..

Ini snowbell.. Dan dia sangat chumell... Hyper aktif dia neh..

Ini oren a.k.a Garfield.. Memang perangai pun lebih kurang jer.

So, jatuh cinta tak...? Serius comel... Camera pun penuh dengan gambar mereka berdua jer. Oren dan snowbell lepas nie kena balik Johor dah. Hmm... datang Kajang selalu yer...

Alhamdulillah Ya ALLAH atas segala pinjaman Mu ini... Kumpulkan kami di syurga Mu Ya Rabb.. Ameen.

Hepi Eid Mubarak semua...

p/s : Raya tu, raya jugak... tapi jgn lupa dengan isu rancangan pembakaran Al-Quran di Amerika. Jadi, mainkanlah peranan masing-masing demi Islam yang tercinta. Doa, doa dan terus berdoa. Ya Rabb... hancurkanlah musuh-musuhMu seperti mana Kau hancurkan tentera-tentera Ahzab, hancurkanlah musuh-musuh yang mahu membakar kitab suci Mu Ya ALLAH, dan menangkan agamaMu Ya ALLAH agar bumi ini terus diimarahkan dengan syariatMu.. Ameen..

Sep 1, 2010

Merdeka dunia vs Merdeka akhirat...?

Keadaan remaja Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun


......................................................................................................

Keadaan remaja Palestine yang masih menuntut kemerdekaan yang hakiki




Saya kira gambar-gambar diatas sudah 'berbicara' dengan secukupnya untuk pengertian anda semua. Bukan begitu...?? Saya bawakan sedikit pesanan untuk ummat Islam di Malaysia oleh Dr. Khalil Ismail al-Hayya, wakil HAMAS di Palestine. Ucapan ini dipetik daripada buku yang bertajuk "HAMAS.. Pejuang Kota Suci Baitulmaqdis" oleh Maszlee Malik. Pesanan yang berbunyi :

"Kami juga dipilih oleh ALLAH supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?? Hanya kerana kami mengucapkan la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami."

"Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar mahu memerdekakan sekeping tanah, tetapi bagi memandu kebangkitan semula ummat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini."

"Buat ummat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestine. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan ummat Islam dan hadiah buat perjuangan pencinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya?"

"Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestine dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, dimanakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di saat kami memerlukan mereka?"

"Ummat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehingga setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian."

"Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada ALLAH atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya."

"Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat ALLAH akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini.."

ALLAHU AKBAR!!!!

Tidakkah kalian merasakan apa yang saya rasakan tatkala membaca ucapan ini..?? Tidakkah bergetar hati kita semua apabila mengenangkan setiap titis darah syuhada' yang gugur di bumi Palestine itu akan dipertanggungjawabkan pada kita semua selaku UMMAT MUHAMMAD...?????? Astaghfirullah hal 'azim..


Kenapa para syuhada' Palestine begitu kental dalam perjuangan ini...? JAWAPANNYA..........

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah : 153]

dan mereka begitu mengimani ayat-ayat cinta daripada ALLAH...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad : 7]


Siapa kata mereka pengganas...????

Siapa kata mereka mundur....???


Siapa kata mereka tidak mengecapi bahagia....???




Nah... ini jawapan ALLAH.


"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan ALLAH. Dan ALLAH Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." [Al-Baqarah : 207]



"Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian serta berjihad di jalan ALLAH? Mereka tidak sama di sisi ALLAH. ALLAH tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan ALLAH, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan." [At-Taubah : 19-20]



"Seungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahu pun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan ALLAH, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari ALLAH di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." [At-Taubah : 111]



"Dan diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH. Dan diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)" [Al-Ahzab : 23]



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." [As-Saff : 10-11]


Dan mereka telah mencapai 'kemerdekaan' yang hakiki...


Senyumlah wahai jiwa-jiwa yang telah merdeka... Sesungguhnya kalian telah mendahului kami dalam keadaan yang diidamkan oleh semua Ummat Muhammad.



Senyumlah wahai para syuhada' Palestine, kalian sedang berehat dan berbahagia dalam destinasi menuju Sang Kekasih...



Ahh... saya inginkan pengakhiran saya seperti ini juga. Menuju Sang Kekasih dalam senyuman kemerdekaan... Tidakkah kalian mengidamkannya juga..?

Aug 30, 2010

Apa yang dah jadi nie...?


Semenjak dua menjak ini, segala benda serba tidak kena.

Ish... tak boleh jadi nie.
Kenapa hati tak senang nie..?
monolog hati.

Lantas mencapai buku Hubungan Etnik dan Kreatif untuk ditelaah... Selang beberapa minit
kholidubil qurani huwa imamuna 'ala hidayatillah hi amitna...

Handphone meminta agar segera diangkat....
Ukhti Hani

Sebaris nama yang sangat dirindui... Lantas memberi salam dan saling bertanya khabar. Perbualan singkat yang mengimbau kenangan lama... Setelah hampir 10 minit berborak, akhirnya hati seakan 'senyum' semula..

"Aduss.. esok ada test CTU.."

Eerrkk... lantas hati yang 'tersenyum' sebentar tadi seolah 'bersuara'...

"Kena ada test atau quiz je ke baru kena study? Mana ALLAH dalam hati kamu..?"

ALLAH... apa yang dah jadi nie..? Kenapa macam nie..? Lantas air mata yang cuba ditahan akhirnya berderai juga.. Kalau dulu waktu sekolah, bila belajar sering kali Redha ALLAH berada di atas carta. Paling tinggi... Namun kini...? Saya kehilangan 'saya'.. Saya telah kehilangan matlamat utama saya..

MATLAMAT YANG TERSASAR

Sekiranya perkara pokok tidak menepati yang sepatutnya, maka natijahnya rosaklah segala-gala. Pokok yang tumbuh dari baka yang tidak baik, secara logiknya akan tumbuhlah hasil yang tidak baik juga. Daunnya tidak baik, buah yang busuk dan bunga yang rosak. Bukan begitu...?? Ya... saya sering tersasar dari matlamat utama saya, MARDHATILLAH. Entahlah.. kebelakangan ini saya rasakan sesuatu yang amat tidak selesa. Datang ke kelas bukan kerana mencari hambatan Redha Ilahi, tapi kerana pensyarah yang garang (sebagai contoh). Menelaah buku bukan kerana ALLAH, tapi kerana silibus.

So, the answer is FAILED!!!!!!

Penat yang merugikan... Hasil yang tiada barakah.

REDHA ALLAH vs REDHA MANUSIA

Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Begitu juga kita akan sering 'tersasar' kayu ukurannya. Kita sering mengharapkan redha manusia hingga kita mengabaikan pemilik Redha yang hakiki. Kerana diukur akan sanjungan manusia itu, maka diketepikan sandaran segala usaha dan kudrat kita. Akhirnya, semuanya menjadi SIA-SIA.. Ya... SIA-SIA sahaja..

Tiba-tiba terbayangkan, penat bersengkang mata, ditambah lagi pening kepala, sakit belakang, program-program lain diketepikan... hanyalah menjadi bukti usaha sia-sia, hilang barakahnya kerana sandaran segala usaha itu adalah bukan kerana ALLAH..

Ingatlah bahawa segalanya adalah landasan wasilah dalam mencapai matlamat tertinggi, ghayah 'aliyah. ALLAH...!

AYUH... RESET KEMBALI DIRI INI

Itulah yang sedang saya lakukan. Bukan mudah, tapi bukan juga mustahil. Saya bawakan satu hadis yang membuatkan saya sentiasa berfikir, dan terus berfikir....

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kerana dunia, ALLAH akan memecahbelahkan urusannya, dan akan dijadikan kemiskinan antara 2 matanya. Dan dia tidak akan mendapat apa-apa dari dunia, melainkan apa yang telah ditulis untuknya (didunia).
DAN
Sesiapa yang melakukan sesuatu dan niatnya kerana akhirat, ALLAH akan mempermudahkan segala urusannya, ALLAH akan menjadikan kekayaan dalam hatinya, dan dunia akan datang tunduk dihadapan kakinya (dalam keadaan hina)."
[Riwayat Ahmad]

Berikut adalah beberapa prinsip, yang Insya-ALLAH akan saya pegang demi menghalakan hidup ini kejalan Islam.

1. Mengetahui secara jelas MATLAMAT HIDUP YANG UTAMA, agar dijadikan sebagai benteng daripada dunia yang penuh tiou daya.

"Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali mereka beribadat kepada-Ku." [Az-Zariyat : 56]

2. Nilaian dunia vs nilaian akhirat

"Dan pada satu hari (yang laibn pula) Rasulullah s.a.w telah melihat bangkai seekor anak kambing yang telah dibuang oleh tuannya, maka Rasulullah s.a.w berpaling pada para sahabatnya dan bersabda : "Tidakkah kamu terfikir bagaimana tidak berharganya bangkai kambing ini pada tuannya. Demi ALLAH, dunia lebih hina pada pandangan ALLAH dari kambing ini menurut pandangan tuannya. Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi ALLAH dengan sehelai sayap nyamuk nescaya ALLAH tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun."
[Hadis riwayat At-Tarmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim]

3. KEMATIAN ITU PASTI TIBA dan ambillah pengajaran daripadanya.

Telah diriwayatkan pula dari Abu Hurairah bahawa beliau telah berkata:
“Kami keluar bersama-sama Rasullulah mengiringi satu jenazah , maka Rasullulah duduk disisi kubur dan bersabda:
Tidak berlalu satu hari pun melainkan kubur ini menyeru dengan suara yang kuat dan lantang. “Wahai anak Adam, engkau telah melupakan daku, tidakkah engkau tahu bahawa aku ini rumah (tempat) berdagang, ruamh (tempat) yang sunyi, rumah (tempat) ulat-ulat, ruamh (tempat) yang sempit kecualilah Allah melapangkan aku untuknya.” Kemudian Rasullulah saw bersabda: “Kubur ini satu taman dari taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka."
[Hadis riwayat at-Tabarani]

4. Mengetahui dan memahami dasar-dasar Islam, hukum hakamnya dan halal haramnya.

5. Mengetahui gejala-gejala jahiliyah zaman moden, baik dari segi pemikiran, budaya, cara hidup dan sebagainya.

Clear kan minda, cuci kembali hati, lapangkan dada... Dan sentiasa remind diri tentang MATLAMAT UTAMA kita.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan, Dan sesunggunya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
[Al-Ankabut : 64]

So, we have a choices. And we have to choose. Pilihlah yang mana kita suka , antara kemewahan dunia atau kenikmatan syurga...? The choose is yours...

Apalah erti kemewahan dan kesenangan dunia,
sedangkan dunia bagaikan sedetik waktu,
Kemenangan akhirat lebih bermakna,
kerana waktu selebihnya adalah akhirat yang tiada penghujung.

Ayuh diri, kamu boleh lakukannya. ^_^

Wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...