
Jun 30, 2010
Ibu Para Syuhada'

Jun 24, 2010
Kembara ku menuju cintaMu... (Makkah al-Mukarramah)
Unta yang sangat chumel... =)
Betapa tenangnya apabila aku duduk di Masjidil Haram, membaca Al-Quran di depan kaabah. Melakukan tawaf sunat, berdoa di hadapan kaabah. Aku masih ingat perasaan apabila berkesempatan untuk masuk dan solat di Hijr Ismail.. Subhanallah... Sudah hampir 2 kali aku mencuba untuk memasuki Hijr Ismail, tetapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah, untuk kali yang ketiga, ALLAH mengizinkan aku untuk masuk dan solat di dalamnya... Syukur Ya ALLAH.. Aku juga masih ingat perasaan apabila aku solat dan berdoa di hadapan muzdalifah...
Segalanya... Segalanya tentang Makkah dan Madinah sering bermain di fikiran aku. Sebak bila terkenangkan yang kini, aku sudah pulang ke Malaysia dan menjalani kehidupan seperti biasa. Sebak bila terkenangkan aku harus berhadapan dengan dunia yang........................................ ALLAH... andai bisa saja aku memilih untuk terus tinggal di kotaMu... Sejujurnya hingga kini, hati, perasaan, minda aku.... Semuanya masih berada di Makkah. Kalau dulu, aku punya impian itu dan ini, aku punya harapan itu dan ini... Namun pada hari ini, aku hanya mengharapkan dan mengimpikan untuk kembali ke kota suci itu semula... Pertama kali aku merasakan perasaan rindu yang amat sangat sehingga kadang kala membuatkan aku sesak nafas bila terkenangkannya...
Moga satu hari nanti, aku bisa kembali ke kota suciMu... kembali melihat pandangan-pandangan yang menyejukkan mata. Kembali kepada saat-saat yang menenangkan hati dan saubari aku....
Ya Rabb.. izinkan aku sekali lagi menjadi tetamu Mu Ya ALLAH...
Jun 22, 2010
Kembara ku menuju cintaMu..
Makam para syuhada' uhud.. Yang ada batu tu makan Saidina Hamzah Asadullah
Pertama kali solat di Masjid Nabawi, memang menakjubkan... Tapi tahap kawalan security untuk masuk ke ruang solat wanita agak ketat... Demi menjaga kesucian Masjid Nabawi... Ku bersyukur Ya ALLAH kerana memilih kami menjadi tetamu Mu dan tetamu Rasul Mu.. Alhamdulillah.. Berada di Madinah selama 3 hari, bermacam-macam tempat telah kami ziarah. Bermula dengan pasar kurma, hmm... sempat lar memborong kurma kat situ. Hehe... Pada hari kedua di Madinah, kami berkesempatan untuk ziarah Masjid Quba’, ladang kurma, Jabal Uhud, dan kilang Al-Quran.. Suasana di Madinah memang berbeza... hmm... aku jatuh cinta pada kota ini. Salah satu tempat yang aku aim untuk pergi ialah Raudhah... salah satu tempat mustajab berdoa. Yang dikatakan juga sebagai salah satu daripada taman-taman syurga. Aku sedia maklum bahawa Raudhah memang sukar untuk masuk apatah lagi melaksanakan solat di sana. Apatah lagi bagi perempuan, kerana waktu yang singkat... Namun aku tekadkan hati, Raudhah mesti aku datangi.. Paling tidak untuk jejakkan kaki.. Sampai di ruang menunggu sebelum dibenarkan masuk ke Raudhah, aku terus melakukan solat sunat.. Setelah selesai melakukan solat sunat, alangkah terkejutnya aku apabila aku berada di hadapan makam Rasulullah... (walaupun dibatasi dengan tirai bagi wanita). Namun aku bersyukur, kerana aku tau Rasul ku berada di situ... Terkenang segala sirah perjuangan baginda dan para sahabat dalam membawa Islam sehingga aku hari ini bergelar ISLAM... Alhamdulillah... Sebak hati aku.
Masjid Nabawi
Apabila tiba giliran Malaysia untuk memasuki Raudhah, apa yang ada dalam hati ialah aku mesti jejakkan kaki aku kat karpet hijau. Itu yang membezakan antara Raudhah dan Masjid Nabawi... Bila sedar jer aku sudah berada dalam kawasan karpet hijau, tanpa mengiraukan sekeliling ku, aku terus melakukan solat. Pada mulanya, aku agak khuatir untuk solat kerana memang tiada ruang langsung untuk bergerak, apatah lagi untuk melakukan rukuk dan sujud. Namun sepupu kesayangan aku memberitahu, “solat jer yani. Hiraukan benda lain. Percaya kat ALLAH.” Betapa aku takjub, walau dalam keadaan kalau nak dikira logik akal, memang tak de ruang nak solat, aku dan ahli keluargaku yang lain boleh solat seperti biasa, bahkan dalam sujud terakhir kami sempat mengadu segala hajat pada Yang Maha Mendengar... Allahu Akbar... ! Dan akhirnya aku tenggelam dalam lautan air mata sehingga aku tersedu sedan.. Aku hanya tersedar apabila aku merasakan bahawa aku telah dilanggar oleh seseorang dengan agak kuat, baru aku bangun dari sujud... Alhamdulillah Ya ALLAH...
Sebelum bertolak ke Makkah untuk mengerjakan umrah
Hari ketiga, kami telah bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah umrah. Kami bermiqat di Bir Ali dan menaiki bas menuju ke Makkah al-Mukarramah selama hampir 7 jam dari Madinah. Namun, satu perkara yang luar biasa bagi aku ialah, aku yang sememangnya tidak boleh membaca dalam kenderaan, walaupun dalam kadar 5 saat... Tetapi dalam bas menuju ke Makkah, aku boleh membaca Al-Quran seperti biasa... Subhanallah... Sepupu kesayanganku turut mengalami perkara yang sama... Benarlah... tiada perkara yang mustahil jika ALLAH mengizinkan... Allahu Akbar... Kembara ku di Makkah al-Mukarramah akan disambung pada masa yang akan datang... Aku tidak mampu untuk tulis lebih banyak, kerana semakin aku cuba untuk menulis, semakin hati aku ni rasa sesak kerana terlalu merindui 2 kota suci itu... Akan ku cuba berkongsi pengalaman agar yang lain akan punya azam untuk menjadi tetamuNya...
Wallahualam...May 30, 2010
Terima Kasih Ya ALLAH

Alhamdulillah... setinggi kesyukuran buat Yang Maha Esa kerana masih memberi kesempatan untuk terus bernafas diatas muka bumi-Nya ini... Kali ini, sekali lagi saya akan meninggalkan blog saya untuk satu jangka masa yang agak panjang.
Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya pada ketika ini kerana salah satu daripada impian saya bakal menjadi kenyataan... Pada 6hb Jun 2010 ini saya sekeluarga (bukan semua orang dalam family sebenarnya) diberikan sedikit ruang, masa, kelapangan dan moga-moga kesihatan yang baik untuk mengerjakan umrah... Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah atas nikmatMu ini.
Sedikit teruja kerana kurang daripada seminggu lagi, saya dan keluarga akan bergelar sebagai tetamu ALLAH... Pelbagai perasaan bercampur kini. Seronok kerana diriku antara yang terpilih, teruja kerana pertama kali bakal menjejakkan kaki ke tanah suci, takut mengenangkan diri yang penuh dengan dosa....
Moga-moga segalanya berjalan seiring mengikut kehendak ALLAH s.w.t...
Ya ALLAH.. permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..
Apr 24, 2010
Menjemput Bidadari
~Menunggu untuk dijemput. Walau ku bukan bidadari.~
Apr 19, 2010
Muslimah Akhir Zaman

Inilah hakikat Muslimah akhir zaman. Menutup aurat (kata mereka), tapi pakaian masih ketat sehingga menampakkan susuk tubuh mereka. Berpakaian sopan, tetapi dengan warna dan perhiasan yang menarik pandangan. Memakai tudung tapi nipis dan jarang, yang panjang dililit pendek hanya melepasi bawah leher. Jelasnya, busana muslimah yang wujud kini sudah banyak disalah erti oleh si pereka dan yang terkena, siapa lagi kalau bukan si pemakai....
Kepada yang tidak mudah terpengaruh dengan peredaran fesyen, yang masih lagi mengambil role-role model daripada Al-Quran dan As-Sunnah... moga istiqamah hendaknya. Cuma yang menjadi kebimbangan di hatiku ini, pada segelintir muslimah yang menjadikan pakaian muslimah mereka itu untuk menarik perhatian orang lain. Secara luarannya, sudah cukup sempurna... Berjubah, bertudung labuh, bersarung tangan dan bersurung kaki... Tapi niatnya ’dibelokkan’ ke arah lain... Saya teringat seorang sahabat, bila mana dipuji oleh si lelaki tentang kesopanan dan keayuan dia berpakaian begitu, dia menangis!!! Dia menangis dan megatakan bahawa dia berpakaian begitu untuk mengelakkan lelaki dari memandangnya, bukan untuk memandangnya, apatah lagi memujinya... Namun ada sahaja golongan yang apabila dipuji, dia makin hanyut bersama pujian si lelaki... Ingatlah wahai muslimah.. Ini boleh mendatangkan fitnah pada agama Islam itu sendiri... Teringat pada pengaduan seorang kawan kelas,
Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa. Justeru, hanya ketaqwaan yang sebenar kepada Allah menjadikan seseorang itu redha untuk tunduk kepada setiap suruhan dan larangan-Nya. Tubuh yang cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hambaNya. Allah s.w.t menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud :
p/s : Ya Allah... ikhlaskan hati kami hanya keranaMu..
sumber rujukan : Majalah Solusi edisi 18. (Antara 2 cinta)
Apr 12, 2010
Selamat berjuang di medan finale!!!

Salam juang.. Salam imtihan juga diucapkan.. Pejam celik, pejam celik... dah sampai kepada penghujung semester. Semester 4 bakal melabuhkan tirainya... Entah sempat atau tidak untuk diri ini menjengah ke semester 5... Takut maut menjemput sebelum sempat saya melangkah ke tahun akhir. Pada Allah jualah ku serahkan segala urusan hidup ini.
Usaha… usaha… usaha… Doa…. Tawakkal.
Jadual exam saya untuk semester ini...
27 April 2010 - Managerial Economy
2 Mei 2010 - Islamic Finance
4 Mei 2010 - Investment Analysis
5 Mei 2010 - Malaysia Derivative
7 Mei 2010 - International Financial Management
Apr 7, 2010
Next Top Apprentice


Di saat-saat menjelang peperiksaan akhir ini, kebanyakan pelajar berada dalam keadaan yang sangat genting. Saya sendiri, dengan test yang berderet... Assignment dan presentation yang menunggu... Argh... Terasa ingin saja diri ini lari jauh dari keserabutan itu... Namun apakan daya, inilah amanah sebagai seorang pelajar. Namun, dalam kesibukan menghadapi hari-hari yang getir itu, terdapat satu lagi amanah dan tanggungjawab yang telah ditaklifkan dibahu ini untuk digalas... Allah.... terasa tidak berdaya untuk memikulnya...

Pelbagai masalah ketika hendak menjalankan program Next Top Apprentice... Sehingga satu ketika terasa ingin sahaja saya menarik diri... Namun Alhamdulillah... akhirnya kem ini berjaya dijalankan. Setinggi-tinggi tahniah buat semua peserta... Adik-adik semua adalah tapisan Allah.. Walau pada mulanya kami menjangkakan jumlah peserta yang ramai, namun yang hadir itu adalah insan-insan yang telah pilih... Tidak lupa juga kepada semua urusetia dan fasilitator... Jazakallah hu khairan jaza’.. Moga usaha kita yang kecil ini seiring dengan kehendak Allah s.w.t. Moga dipertemukan lagi dalam usaha menyebarkan syiar Islam...
Kem Idaman Nurani di hati.... ^^
