Pages

Jan 19, 2011

Turn to 22


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... 19 Januari telah menukarkan angka usia saya daripada 21 tahun kepada 22 tahun. Membuatkan saya berfikir, apa yang telah dilakukan sepanjang 22 tahun usia yang ALLAH pinjamkan... Adakah ianya digunakan untuk ISLAM atau sebaliknya...? ALLAH... rasa seperti terlalu sedikit usia yang dimanfaatkan untuk ISLAM. Terlalu sedikit sehingga diri ini malu untuk minta syurgaNya.. Namun hembusan kasih sayangNya, RahmatNya, RedhaNya sentiasa mendahului kemurkaanNya.. Yaaa... itu saya kena kejar. REDHA ALLAH.. Bukankah itu yang kalian turut kejar...?

Dan saya akan terus memburu RedhaNya, walau mengetahui ianya bukan satu jalan yang mudah. Diisi dengan air mata, darah dan keringat... Sejarah telah membuktikan, tak perlu dipertikaikan.. Namun, saya akan terus berusaha untuk RedhaNya... Dalam perjalanan memburu RedhaNya, saya bersyukur dengan satu nikmat yang ALLAH kurniakan sebagai peneman di sepanjang jalan ini. SAHABAT... kita semua memerlukan sahabat. Dan saya amat bersyukur kerana adanya sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan saya tentang nikmat perjuangan, yang sentiasa membisikkan kata-kata semangat tatkala diri ini terduduk menghadapi ujian dunia, yang sering mengalunkan ayat-ayat cinta ALLAH tentang ganjaran mereka yang berjuang di jalan ALLAH, yang sering mengingatkan tentang azab mereka yang berada dalam kemurkaan ALLAH, yang sering berbicara mengenai sirah-sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, yang sering menaikkan semangat dengan kisah-kisah hebat para mujahid dakwah lampau...

Mereka, sahabat saya....
Buah hati saya....
Teman terbaik saya....
Melihat wajah mereka membuatkan hati tenang....
Mereka juga kekuatan saya untuk istiqamah...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Jazakallahu khairan jaza' buat semua yang wish birthday saya. Moga ingatan kalian akan membuatkan insan yang lemah ini sentiasa beringat kepada Sang Pencipta.. Selangkah untuk bertemu Kekasih Utama, moga bertemu dalam RedhaNya.. Ameen Ya Rabb..

(Sentiasa menantikan kedatangan hari rabu.... ^_^)

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan berpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Moga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini...

Jan 10, 2011

10 jalan yang paling unik dalam dunia

1. Jalan terpendek di dunia

Ebenezer Place, Wick, Caithness, Skotlandia, dinobatkan sebagai jalan terpendek di dunia dalam Guinness Book of Records dengan panjang 2.06m (6 '9 "). Hanya ada satu alamat di jalan itu:. pintu depan No 1 Bistro, yang merupakan bahagian dari Mackays Hotel, yang dibangunkan pada tahun 1883. Pemilik bangunan hotel pada saat itu, diarahkan untuk melukis nama di sisi terpendek dari hotel itu. Rasmi dinyatakan jalan itu pada tahun 1887.
2. Jalan tersempit di dunia

Spreuerhofstraße adalah jalan tersempit di dunia, ditemukan di kota Reutlingen, Baden-Württemberg, Jerman. Mulai dari 31 cm (12 inch) pada bahagian yang paling sempit, dank 50 cm (20 inch) di bahagian terluas nya. Jalur ini dibangunkan pada tahun 1727 oleh pekerja-pekerja pemulihan setelah daerah tersebut benar-benar hancur oleh kebakaran hebat tahun 1726 dan secara rasmi terdaftar di Pejabat Pertanahan sebagai City Street Number 77.

3. Jalan tercuram di dunia
Baldwin Street, di bahagian pinggiran kota yang tenang dari kota Dunedin, New Zealand, terkenal sebagai jalan paling curam di dunia. Jalan ini terletak di pinggiran Timur Utara Valley, 3,5 kilometer timur laut dari pusat kota Dunedin. Sebuah jalan lurus singkat dengan panjang 350 meter, Baldwin Street berjalan ke timur dari lembah Creek Lindsay di sisi Signal Hill. Pada kemiringan maksimum, kemiringan Baldwin Street adalah kira-kira 1:2.86 (19 ° atau 35%) - yaitu, untuk setiap 2,86 meter horizontal, kecuraman naik sebesar 1 meter. Kecuraman jalan itu tidak disengaja. Seperti banyak bahagian lain dari Dunedin.
4. Jalan paling berliku di dunia

Lombard Street adalah jalan yang paling berliku di dunia dan dapat ditemukan di San Fransisco . Ini adalah sebahagian daripada Lombard Street yang panjang dan bahagian berliku terdapat di Rusia Hill antara Hyde dan jalan-jalan Leavenworth. Batas kecepatan hanya 5 mph dan anda hanya boleh memandu kenderaan di satu arah, iaitu ke arah bawah. Di kedua sisi jalan terdapat rumah-rumah mewah yang paling mahal, rumah kota dan kondominium yang paling dicari orang banyak. Dibangun awalnya kerana kenderaan tidak dapat mengatasi kemiringan, jadi dibuat berliku sehingga lebih mudah dilalui.

5. Persimpangan paling membingungkan

The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angelas, CA, dan merupakan salah satu simpang susun paling rumit di negeri ini. Persimpangan ini dibuka pada tahun 1993.
6. Jalan tol terpanjang di dunia

Australia Highway 1 adalah jaringan jalan raya yang membelah benua Australia, bergabung dengan semua ibu kota negara daratan. Dengan jumlah panjang sekitar 14,500 km (9000 batu) itu adalah jalan raya nasional terpanjang di dunia, bersama dengan Jalan Trans-Siberia (lebih daripada 11,000 km - 6800 batu). Setiap hari lebih daripada satu juta orang melintasi jalur ini.

7.Bulatan terbesar di dunia

Tidak banyak orang yang menyedari akan hal ini ketika mereka sedang mengemudi di sekitar Putrajaya, terutama dekat Jabatan Perdana Menteri. Cubalah untuk menjernihkan fikiran dan amati saat anda memandu, dan anda akan segera menyedari bahawa anda memang sedang memandu di sepanjang bulatan terbesar di dunia itu. Alasan orang utama tidak mencatat adalah kerana mereka cenderung berfikir itu adalah sebuah bukit. Panjang keliling bulatan ini sekitar 3.4 km.

8. Jalan terlebar di dunia

Anda harus melihatnya untuk mempercayainya. Sembilan jalur lebar, dengan taman berada di tengah-tengah antara arus lalu lintas yang berlawanan, ini adalah jalan terluas di dunia. Mereka dengan kecepatan yang cepat dan kaki yang panjang akan beruntung jika mereka sampai ke sisi lain dengan perubahan dua lampu lalu lintas yang ditempatkan di setiap persimpangan jalan. Sebuah tempat penyeberangan pejalan kaki biasanya memerlukan beberapa minit tambahan. Beberapa landmark utama Buenos Aires dapat dilihat di sepanjang jalan terutama Obelisk tersebut.

9. Jalan kota terpanjang di dunia

Yonge Street, jalan arteri utama antara Danau Ontaria dan Danau Simcoe di wilayah Kanada Ontario, yang memiliki panjang 1,178 batu (1896 km). Panjangnya kira-kira jarak dari San Diego, California ke Seattle, Washington. Dimulai pada tepi tasik Toronto dan di sepanjang jalan Highway 11 sampai Rainy River, Ontario, di perbatasan Minnesota.

10. Bulatan yang paling membingungkan

The Magic Roundabout di Swindon, Inggeris di bangun pada tahun 1972 dan terdiri dari lima bulatan mini diatur dalam lingkaran. Namanya berasal daripada rancangan bersirir television kanak-kanak yang popular, The Magic Roundabout. Telah terpilih sebagai simpang yang paling menakutkan keempat di England.

Sumber : Klik SINI

Dec 28, 2010

Jangan memandang rendah pada orang lain

Bismillahirrahmanirrahim...

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong."

Berkata seorang lelaki, 'Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya ALLAH itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia."

Di dalam hadith ini kita dapati Islam amat menentang sifat sombong, takbur dan apa sahaja yang melambangkan keangkuhan. Tiada manusia berakal yang berani menafikan betapa buruknya sifat ini apabila ia mula menjadi tabiat dalam diri seseorang. Oleh itu Islam datang membawa penegasan tentang keburukan dan kemudharatan sifat ini, bukan sahaja di dunia ini, malah kesannya turut berkekalan sehingga ke akhirat.

Mungkin secara teorinya, kita belum memahami apa yang dimaksudkan dengan memandang rendah kepada orang lain. Saya kongsikan satu situasi dengan anda semua.

Satu hari, seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah-tengah sungai, terjadilah perbualan antara si professor dan juga si pendayung sampan tersebut.

Professor : Kamu tahu membaca dan menulis?

Pendayung : Tidak, saya buta huruf.

Professor : Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu.Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup. Kamu ada membuat simpanan wang di bank?

Pendayung : Tidak, pendapatan saya hanya cukup-cukup makan sahaja. Macam mana hendak simpan duit?

Professor : Kalau begitu, kamu hilang separuh lagi kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti?

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai, tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung sempat bertanya kepada professor,

Pendayung : Tuan, apakah tuan pandai berenang?

Professor : Err... saya tidak tahu la. (dalam keadaan panik)

Pendayung : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan.

Apa pengajaran kisah ini?
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa bahawa diri ini hina, sebaliknya binalah keyakinan diri. ALLAH menciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Kata saya pula...............
Ketahuilah bahawa harta, pangkat, rupa hatta ilmu itu adalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T. Ianya bertujuan untuk menguji iman kita semua. Siapakah anda dan saya sehingga kita begitu angkuh lalu memandang rendah manusia lain? Inilah keburukan sikap sombong yang menjadikan manusia lupa asal usulnya. Walaupun manusia berbeza dari pelbagai segi, namun Islam melarang kita memandang rendah kepada orang lain. Orang yang sombong akan merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Setiap pendapat, pandangan dan cadangan orang lain semuanya dilihat lebih ’rendah’ dan tidak perlu diberikan perhatian. Mereka akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menolak pandangan orang lain, walaupun merugikan mereka di dunia dan akhirat!

Marilah kita menilai kembali diri kita, adakah kita telah dijangkiti penyakit sebegini buruk – sombong dan angkuh, menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orang lain? Semoga diri kita sentiasa mengikuti kebenaran – walaupun pahit – dan sentiasa merendahkan diri serta menghormati orang lain.

Sumber rujukan : Majalah solusi no. 16

Dec 10, 2010

Jika belum siap, biarkan ia terus diam.


Bismillahirrahmanirrahim...

Bila belum siap melangkah lebih jauh lagi, cukuplah dengan mencintai dia dalam diam..
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang..
Kau tidak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Kerana diammu itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu...
Menghindarkan hatimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu...
Kerana diammu itu dapat menunjukkan bukti kesetianmu padanya..
Mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali..?
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci dan indah...

Sahabat,
Dalam diammu tersimpan kekuatan...
Kekuatan harapan...
Mungkin saja ALLAH akan membuat harapan itu menjadi nyata..
Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
Bukankah ALLAH tidak pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya..?
Dan jika memang 'cinta dalam diammu' tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam..!!
Dan....
Jika dia memang bukan milikmu..
Kuasa ALLAH, izinkan waktu untuk menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi ketenangan pada si dia yang lebih tepat untukmu...
Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri,
dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
ALLAH akan memberi ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
Bersabarlah dalam diammu.. ^^
Yakinlah..!!

Pesanan dari seorang SAHABAT untuk sahabat..

Monolog hati : Hidup ini memang memeritkan, kerana syurgaNya begitu manis..
Ya ALLAH.. jangan kerana dosaku yang lalu, Engkau hijab diri ini dari jagaanMu walau sesaat..
Jangan Engkau lepaskan aku pada hambaMu yang akan menjauhkan aku dari syurgaMu...
Ya ALLAH, Tuhan pemilik hati-hati ini...
Peliharalah diriku, juga bakal imamku...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

p/s : kalau semua orang mendiamkan diri, maknanya tak de la orang yang nak couple yang tak halal kan..? Tak payah la unit hisbah pening-pening dok ayik ambik angin malam.. ^^

Dec 6, 2010

1432 Hijrah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Lembaran baru dalam tahun baru Hijrah bermula..

Salam ma'al hijrah diucapkan kepada semua, moga beroleh keredhaan ALLAH S.W.T hendaknya..

Jom sahabat-sahabat, kita create azam tahun baru agar seiring dengan kehendak ALLAH S.W.T dan ajaran Rasulullah S.A.W...

Yang mana azam pada tahun lepas belum tercapai dan terlaksana, mari upgrade kembali azam tersebut, agar ianya turut seiring dengan aturan ALLAH S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W..

Semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan Rahmat dan kasih sayangNya, agar setiap langkah kita diiringi dengan Redha ALLAH S.W.T...



Dec 3, 2010

Duhai iman...

Allahumma ahyina bil iman,
Wa amitna bil iman,
Waat khilna jannata maal iman,


Kau umpama rembulan,
Menerangi kegelapan,
Kau ibarat bintang,
Menghiasi langit malam..

Kau menerangi hatiku,
Bak mentari terangi siang,
Kau menghiasi hatiku,
Yang dahulu kekosongan...

Kau berikan kekuatan,
Untuk ku terus berjuang,
Hadapi segala cabaran.
Atasi permasalahan...

Kau curahkan kebahagiaan,
Meleraikan kesedihan,
Waktu ku terasa keseorangan,
Ketika dalam berjuang...

Ramai yang melupakanmu,
Tak ramai yang megecap nikmatmu,
Tak ramai ditemanimu,
Tak ramai yang merasa manismu...

Inspirasi mukmin sejati,
Tempat mu letaknya di hati,
Sedar kau berkurang dan bertambah,
Dikaulah penyelamat ummat...

Daku merasa manismu,
Dalam menyintai ALLAH dan Rasul,
Dalam menyayangi sahabat,
Dalam membenci kekufuran...

Kepada ALLAH ku berdoa,
Hidup mati ku bersamamu,
Bersama dihidupkan semula,
Melangkah ke syurga bersama...

Kan ku jaga mu selalu,
Dengan membaca Al-Quran,
Jua mengingati azab,
Mekarlah kau dihatiku...


Nov 27, 2010

Satu penerbangan

Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Segala puji hanyalah milikNya, Tuhan sekalian alam...
Selawat dan salam buat penghulu para nabi, Muhammad S.A.W, kaum keluarga baginda, para sahabat baginda dan semua penerus risalah dakwah...

Bila kita akan berangkat dari alam ini (dunia),
ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain, iaitu
KUBUR DAN AKHIRAT

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan,
tetapi melalui AL-QURAN DAN AL-HADITH

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan,
tetapi AL-JENAZAH

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg,
tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat,
tetapi caj lebihan berat adalah atas KESUDIAN PENCIPTA KITA

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya,
tetapi hanyalah KAIN KAPAS PUTIH

Di mana pewanginya bukan Channel atau Lancome,
tetapi AIR MAWAR DAN CENDANA

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau Amerika,
tetapi AL-ISLAM

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan,
tetapi SELAMA-LAMANYA

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita,
tetapi IZRAIL DAN LAIN-LAIN

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi,
tetapi SEKADAR KAIN YANG DIWANGIKAN

Di mana destinasi mendarat bukannya di KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International,
tetapi TANAH PERKUBURAN

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan red carpet,
tetapi BILIK 6 KAKI DAN GELAP GELITA

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak kastam,
tetapi adalah MUNKAR DAN NAKIR.
Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan,
bukan Disneyland, Paris atau London,
tetapi sama ada SYURGA ATAU NERAKA

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
Di mana lapangan terbang transit adalah AL-BARZAKH.
Di mana destinasi terakhir sama ada SYURGA YANG MENGALIR SUNGAI DI BAWAHNYA ATAU NERAKA JAHANNAM

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
IANYA PERCUMA..
jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas,
Oleh itu, tidak perlu bimbang.
SEBARANG SAJIAN TIDAK AKAN DIHIDANGKAN,
OLEH ITU TIDAK PERLU RISAUKAN MASALAH ALERGI ATAU HALAL HARAM MAKANAN

Jangan risau delays.
Penerbangan ini sentiasa tepat waktunya,
ia berangkat dan tiba tepat pada masanya...

JANGAN FIKIRKAN TENTANG HIBURAN DALAM PENERBANGAN,
ANDA TELAH HILANG SELERA UNTUK BERSUKA RIA

Jangan bimbang tentang tempahan,
IANYA TELAH SIAP DITEMPAH SEJAK ANDA DISENYAWAKAN DI DALAM RAHIM IBU ANDA LAGI

Ya...!!!
Berita Baik....!!!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda,
anda adalah satu-satunya penumpang penerangan ini...
OLEH ITU BERGEMBIRALAH SELAGI BOLEH!
DAN SEKIRANYA ANDA BOLEH...!!

Hanya INGAT...!!!

Penerbangan ini datang tanpa AMARAN!!!
Cuma perlu ingat.... nama anda telah ditempah untuk penerbangan ini...

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT...???

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI...?????

Nov 22, 2010

Pemusafiran ini guru bagi ku.

Bismillahirrahmaanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke Rabbul Izzati atas kasih sayangNya, kita semua masih diberi sedikit pinjaman usia di bumi yang sementara ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad S.A.W, kaum keluarga baginda dan para sahabat. Post kali ini, mengisahkan permusafiran saya dan sahabat-sahabat dalam memenuhi undangan walimah Kak Ain, di Kuala Terengganu.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kekanda saya, Nuraini Fauzi atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ain, sempena pernikahan beliau yang berlangsung pada 20 November 2010 di Kuala Terengganu. Semoga Kak Ain dan suami melayari bahtera baitul muslim dalam Redha ALLAH. Alhamdulillah... meraunglah syaitan laknatullah atas terbinanya satu lagi baitul muslim dalam kerangka meninggikan syariat Islam dan melahirkan pejuang-pejuang agama ALLAH..

Barakallah hu lakum.. ^_^

Kisah di sebalik perjalanan ke Kuala Terengganu yang akan saya kongsikan dengan semua, moga ada manfaatnya yang boleh diambil. Insya-ALLAH... Cuma apa yang ingin dikatakan, setiap kesulitan yang ALLAH S.W.T berikan pasti ada seribu hikmah di sebaliknya. Singkaplah dengan menggunakan mata hati, pasti kita merasai betapa kasih dan sayangNya ALLAH pada kita semua. ^_^

Antara resolusi yang dapat disimpulkan sepanjang permusafiran kami ialah.. :

1. Setiap kereta perlulah mempunyai jumper. Kalau dapat yang besar lagi bagus. =) Akhirnya, kami dapat juga mengetahui cara-cara menggunakan jumper.. Alhamdulillah...

2. Mengenali bateri kereta dengan betul.

3. Kita perlulah mengenali orang lain. Tidak bersifat asabiyah.. Orang selangor hanya kenal orang selangor sahaja. Luaskan kenalan anda. Tapi yang sama jantina lar.

4. Jangan mudah mempercayai orang dan jangan pula terlalu bersangka buruk pada orang. ^_^

5. Ilmu yang tertentu bukan untuk orang tertentu. Hmm.. sebagai contohnya, ilmu tentang kereta bukan untuk student mekanikal je. Semua orang boleh mengetahui sesuatu ilmu itu. Contohnya, dalam trip kali ni student multemedia, law pun dah pandai guna jumper.. ^_^

6. Ilmu itu bukan untuk simpanan semata-mata, tapi perlulah di praktikkan. Sebagai contohnya, student mekanikal bukan setakat perlu mengetahui teori tentang enjin kereta, tetapi ianya mestilah dapat di praktikkan. (Ok Mimah...? hehe..)

7. Setiap musibah yang berlaku ada sebabnya. Sebagai contoh dalam trip kali ini, kereta rosak ketika hampir waktu solat. Ketika waktu subuh, dan dhuha. ALLAH nak ingatkan kita semua supaya sentiasa dekat denganNya. Kalau tak rosak, mungkin kita akan tinggalkan solat dhuha kan..? Alhamdulillah...

8. Perempuan pun boleh handle kereta ketika rosak.. ^_^

9. ALLAH always with us... ^_^ Nilailah setiap kejadian dengan mata hati, pasti ada seribu hikmah untuk kita renungi. Bak kata Fatimah, kita tengah dikursuskan oleh ALLAH.

Selamat juga sampai walau mengharungi pelbagai rintangan..

DAN KAMI.....

APA YANG TERJADI PADA KAMI SETERUSNYA....???

KECEWA....?

SEDIH...??

JENG... JENG... JENG...


Terasa manisnya ukhuwwah itu. Tak gitu sahabat-sahabat sekalian..? Hehehe.. Alhamdulillah, dah dapat mengenali sahabat-sahabat. Apa kesukaan mereka, apa yang mereka inginkan... (terutamanya hadiah ketika walimah mereka.. ahaha...), dapat mengetahui ragam mereka bila penat, sedih dan sebagainya.

Indahnya nikmatMu Ya ALLAH...
Ameen.

p/s : buat ahli trip sekalian, Siti Amirah, Nor Syamimi, Nor Hafsah, Fairuz Fazeera, Kak Aqilah, Kak Masyitah Az-Zahra, Siti Fatimah, Kak Hamidah, Nadhirah... Ana mohon maaf atas segala kekurangan ana sebagai sahabat antunna. Maaf atas kata-kata yang mengguris hati, kelakuan yang tidak disenangi, dan bermacam-macam lagi kekhilafan ana selaku hambaNya yang serba lemah. Jika ada sebarang tuntutan terutamanya dari segi kewangan, sila tuntut pada ana secepatnya. Ana takut antunna tuntut di akhirat kelak. Jadi, tuntutlah pada ana di dunia yer. Last but not least, luv all of u Lillah hi Taala. ^_^

Jumper... Jumper... Jumper...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...