Pages

Jan 23, 2013

Kenali Insan Agung Sepanjang Zaman..


Ambillah masa sedikit untuk kita mengenali insan agung yang mana saban tahun kita menyambut hari kelahirannya. Namun, cukupkah dengan sekadar sambutan....? Adakah kita benar-benar mengenali insan mulia yang mengorbankan seluruh kehidupan baginda untuk kita ummatnya...?

Dan persoalan kini.....

Adakah kita benar-benar layak untuk meminta syafaat baginda di akhirat kelak....??

Mulakan sekarang, mengenali insan agung sepanjang zaman ini.... Mulakan mengamalkan sunnah-sunnah baginda, basahkan bibir kita dengan berselawat kepadanya..... Moga istiqamah hendaknya. Bukan sekadar mengamalkannya sempena hari kelahiran baginda....

Wallahualam...

Jan 13, 2013

1 Rabiul Awal 1434 Hijrah...


1 Rabiul awal 1434 Hijrah... Hari ini saya diberi keizinan oleh Tuan Punya Dunia, ALLAH azza wajalla untuk menulis di blog ni yang sudah lama terabai dek kerana keculasan saya dalam mengurus waktu. Moga terus diberi kekuatan untuk terus menulis. Ada banyak perkara yang ingin dikongsi, Insya-ALLAH.... moga ALLAH izinkan.

I will be back in a few moment. Insya-ALLAH....

Jul 19, 2012

Ramadhan is back!!!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Selawat dan salam buat kekasih agung, Muhammad s.a.w , kaum keluarga baginda, para sahabat, dan penerus perjuangan dakwah Islam. Setingi kesyukuran dirafakkan buat Rabbul 'Izzati atas segala nikmat yang dikurniakan, terutamanya nikmat Islam dan nikmat Iman. Alhamdulillah wa syukurillah...

Ramadhan is coming...!!!!
Ya, tidak semuanya berkesempatan untuk mndaftarkan diri sebagai pelajar di universiti Ramadhan. Contoh yang paling hampir adalah pak cik saya yang dipanggil menghadap ilahi 4 hari sebelum Ramadhan menjelma. Pemergian arwah Pakndak Faisal ke Rahmatullah pada Isnin (16 Julai 2012) akibat kanser buah pinggang benar-benar menampar pipi saya yang sedang enak dengan dunia. Allahu Rabbi..! Sedang gembira menghitung Ramadhan, ALLAH memanggil hambaNya kembali kepadaNya... Benarlah janji ALLAH, kematian itu tidak akan dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat. Maka bagi kita yang masih diberi pinjaman usia untuk bertemu Ramadhan, maka syukurilah nikmat ALLAH dan laluilah Ramadhan ini umpama ianya adalah yang terakhir bagi kita. 

Dari Abi Hurairah beliau berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Pada bulan yang mulia ini, saya menyeru agar kita semua terus berdoa untuk saudara seislam kita yang sedang berjihad melawan golongan zalim di Syria, Afghanistan, Malaysia dan seluruh dunia sehingga tertegak kalimah ALLAH di muka bumi ini. 

Ampun dan maaf saya pohon atas segala kesalahan, kekurangan dan kekasaran saya dalam menulis di blog ini. Moga Redha ALLAH sentiasa bersama kita semua.

AHLAN YA RAMADHAN......!!!

Apr 9, 2012

Apa yang menghalangimu?

Bismillahirrahmanirrahim...

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya... " (an-Nur : 31)

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا  

Maksudnya : "Hai Nabi. Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Duhai sahabat muslimahku sekalian, apa yang menghalangmu daripada menutup aurat..? Sedangkan ini adalah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Islam supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah kita menyahut seruan Allah ini sebagai tanda keimanan, kepatuhan dan ketaatan kepadaNya.

Sama-sama kita hayati...

Apr 4, 2012

Aduhai 7 Petala Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.... rangkaian puji serta syukur sentiasa terucap diiringi sujud tunduk ke hadrat ALLAH S.W.T, pemilik semesta alam. Semoga selawat dan salam selalu tercurah kepada Rasulullah s.a.w, keluarga, para sahabat dan para penyeru dakwah yang mengikuti sunnah baginda.

Setelah lama meninggalkan blog ini, akhirnya diberi juga kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Alhamdulillah... Tapi kali ini, lebih kepada pendapat peribadi mengenai filem 7 Petala Cinta, yang pada luarannya indah dan sarat dengan pengajaran. Sebelum memulakan kalam bicara selanjutnya, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf andai ada pihak yang tidak menyenangi pendapat insan daif lagi kerdil ini. Seperti yang dikatakan pada awalnya, ianya sekadar pendapat peribadi.

Setelah memujuk ibunda untuk membeli filem 7 petala cinta di Astro First dan akhirnya dipersetujui. Dengan harapan moga filem ini akan mengubah lanskap industri filem negara... Setelah tamat cerita 7 Petala Cinta, fikiran saya seakan mencari sesuatu supaya waktu 1 jam 20 minit yang saya habiskan terisi dengan sesuatu. Namun saya tidak jumpa apa yang saya cari. Malah saya rasa seakan ditikam bertubi-tubi, sakitnya hanya ALLAH saja yang tahu. Permulaan cerita ini sudah nampak kepincangannya. Satu majlis pertungan yang menyerupai majlis perkahwinan, di mana si hero memulakan bicara dengan ucapan "Assalamualaikum cinta..." dan dibalas dengan lunakan suara dan jelingan manja oleh si heroin dengan "Walaikumsalan rindu..". Tersedak saya kebingungan. Dan bertambah kecelaruan saya apabila ianya diiringi dengan alunan-alunan zikir, nasyid memuji ALLAH. Allahu Rabbi... Maka bermulalah sebuah episode couple Islamik dengan permulaan ucapan tersebut tanpa rasa segan silu dalam scene-scene yang seterusnya...

Pertunagan itu tidak digalakkan untuk dihebahkan... Seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Don di bawah ini... Ambil sedikit masa untuk sama-sama fahami...



Seterusnya, kebingungan saya berterusan dalam scene seterusnya apabila heroinnya, Saidah ingin mengambil terjemahan kitab di dalam kelas yang sedang diajar oleh abinya, di hadapan pelajar-pelajar lelaki yang sedang menadah kitab. Pakaian yang dikenakan oleh Saidah menurut pandangan saya adalah sesuatu yang agak menonjol. Warna yang agak terang, walau berpurdah namun sanggul jelas kelihatan. Dan pelajar-pelajar lelaki memandang dengan pandangan penuh minat. Satu lagi kebingungan, purdah tapi berfitnah. Sedangkan berpurdah itu untuk elakkan daripada difitnah.. Another question mark in my head...

Ketika Saidah teringat memori bersama akhi Hamka (setelah Hamka dikatakan maut), di mana keromantisan akhi Hamka bermula dengan ucapan salam seperti yang diperkatakan pada permulaan tadi. Dan tanpa segan silunya akhi Hamka duduk bersebalahan Saidah, walau ditemani adik Hamka, Hilma. Kononnya tak pe, ade adik temankan. Namun duduk bersebalahan seperti suami isteri. Adik dan abang duduk jauh pulak.. Pening... Maka madah daripada si heroin pun bermula, "Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Pada pendapat saya yang kerdil ini, ayat ini ialah ayat orang bercinta.. Cuma dibungakan dengan lebih halus supaya nampak ada keislaman pada dialog tersebut. Hmmm.. Haram tetap haram. Jangan dicampur adukkan yang haram dengan yang halal. Yang HARAM ITU JELAS dan yang HALAL ITU JUGA JELAS.

Kebingungan saya berterusan dalam scene Attar menghantar buku ke rumah. Pada waktu itu Ummi sedang menenangkan Saidah yang kononnya kesedihan kerana kematian Hamka. Yang ini memang tak boleh nak masuk akal. Saidah berpurdah, namun dalam masa yang sama lengan tangannya jelas kelihatan. Sedangkan lengan itu WAJIB ditutup daripada pandangan lelaki ajnabi. Keutamaan harus diberi pada AURAT YANG WAJIB DIPELIHARA.... Allahu Rabbi.

Pada scene flashback Saidah mengingati saat mentadabbur Al-Quran bersama Hamka dan Hilma. Lagi sekali duduk bersebelahan antara hero dan heroin, dan adik si hero duduk jauh dari abangnya. Agendanya cantik, mentadabbur Al-Quran... caranya menyimpang. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Dan si hero siap menepuk manja si heroin yang belum halal menjadi miliknya dengan menggunakan kain serbannya. Allahu Rabbi... Sekali lagi, yang HARAM ITU JELAS, yang HALAL ITU JUGA JELAS.


Islam itu adil untuk semua. Ketika Fakharuddin Attar dibuang madrasah Qalbun Salim, Attar sepatutnya diadili dengan sehalusnya. Maksudnya, bukan pandangan mata kasar semata-mata. Menjatuhkan hukuman atas apa yang disaksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang tara, dimana letaknya keadilan itu?

Ketika saat majlis pernikahan Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung sepatutnya menutupi bahagian dada, tetapi disini dimasukkan di dalam baju. Dan berpurdah. Another question mark....

7 petala cinta sekadar dialog, tanpa penerangan yang sebenarnya. Apa benda yang 7 itu amat kabur sekali. Pada pandangan saya selaku penonton, filem ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Couple Islamik atau istilah lainnya. Kerana cinta Hamka pada Saidatul Nafisa, Hamka rela berkorban nyawa menjadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan Al-Quran tulisan tangannya sendiri sebagai hadiah perkahwinan mereka, Hamka dan Saidah.

Cerita ini tidak mengambarkan tentang gambaran kehidupan Islam yang sebenarnya. Apa yang saya coretkan hanyalah sekadar pandangan peribadi saya selaku seorang penonton dan penonton berhak mengkritik agar ianya menjadi lebih baik pada masa hadapan. Semua filem dan drama yang berkonsepkan percintaan Islamik sebelum nikah hanya mengundang fitnah pada mereka yang benar-benar menjaga muamalat dan ikhtilat sebelum nikah. Zaman fitnah berleluasa, media juga tidak terlepas daripada menjadi saluran fitnah. Astaghfirullah hal 'azim...

Kerana filem ini ingin menonjolkan Islam dan mengaitkan Islam, maka saya mengkritik dan memberi pandangan. Jika ianya bukan filem Islamik, maka tak perlu kritik sangat kerana memang tak syarie langsung.

Mohon maaf andai tersilap bicara.
Wallahualam..

Rujukan : Klik SINI

Jul 6, 2011

Di sebalik kepahitan itu, ada kemanisannya..

Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menegakkan kalimah Tauhid, kaum keluarga baginda, para sahabat yang menginfakkan kehidupan dunia mereka demi kehidupan abadi di akhirat kelak, para pejuang penegak risalah Islam yang tidak henti-henti menggenggam tali kalimah Lailaha ilallah Muhammad Rasulullah hingga akhir zaman.

Begitu lama blog ini terbiar... Maaf, keculasan saya dalam mengurus masa membuatkan saya tidak bijak dalam mengatur kehidupan. Mungkin kerana juga satu demi satu ujian datang bergolek, kadangkala 'menghempap' diri yang membuatkan saya tidak mampu untuk mencari ruang untuk bernafas. Namun setelah berfikir panjang, terasa diri ini begitu kerdil dan hina. Mengenangkan betapa lemah diri ini menghadapi ujian hidup. Allah... malu hamba padaMu.


Ujian.. ia merupakan satu bentuk 'peperiksaan' untuk mengetahui tahap keimanan hamba-Nya. Mereka yang teguh berada di jalan-Nya akan memperoleh markah yang tinggi, manakala bagi yang goyah akan menanggung akibatnya. Ujian itu bukan pada kesukaran dan kesempitan hidup semata-mata. Kesenangan hidup hidup juga merupakan ujian hidup dalam menentukan seseorang muslim itu berjaya atau gagal dalam ujian hidup.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya mengenai orang yang berdosa."
(Al-Ankabut : 2-3)

Ujian itu adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tiada seorang Muslim pun yang layak mengatakan dirinya sabar dan beriman tanpa melepasi sesuatu ujian dan cabaran. Namun, kerana zat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah menurunkan ujian itu sesuai dengan kesanggupan hamba-Nya. Sungguh! Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, malah menegur hamba-Nya dengan penuh kelembutan. Cuma manusia sahaja yang menzalimi diri sendiri. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Maka, setiap ujian dan cabaran hidup adalah berbeza untuk setiap individu. Bersesuaian dengan kesanggupan kita dalam menghadapinya. Oleh kerana Allah yang menciptakan kita, maka tentu sahaja Dia yang Maha Arif dengan ciptaan-Nya. Maha suci Allah dalam mentadbir sekalian makhluk-Nya.

Mungkin kadangkala kita merasakan bahawa ujian tu sungguh berat untuk dihadapi. Namun ketahuilah, ujian itu tanda kasih dan sayang Allah buat kita. Berbahagialah mereka yang diuji hebat oleh-Nya, sedang berjuta lagi ummat manusia yang sedang leka dengan dunia. Saya pernah 'ditampar' oleh kata-kata seorang sahabat saya, Ujian itu adalah bicara dan teguran dari Allah. Dalam meningkatkan darjat keimanan disisNya sekali gus menghapuskan dosa-dosa silam. Maka bersabarlah dan redha dengan takdirNya. Merayu dan merintihlah hanya padaNya. Sesungguhnya hanya padaNya lah tempat pergantungan kita. Terima kasih sahabat yang 'menampar' saya dengan kata-kata ini yang membuatkan saya tersedar dari lamunan.

"Daripada Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, maka diuji. Barangsiapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barangsiapa yang marah (tidak reda), maka Allah murka kepadanya."
(H.R Imam At-Tarmizi)

Disebalik ujian itu ada seribu hikmahnya. Dan alhamdulillah Ya ALLAH, atas ujian ini keluarga besar saya bersatu demi RedhaMu. Alhamdulillah... Disebalik kesulitan itu, ada kemanisannya.

Apr 16, 2011

Bila detik itu tiba..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah... Segala pujian bagi Rabbul 'Izzati atas segala nikmat yang dikurniakan, selawat dan salam buat penghulu segala nabi, Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menyampaikan risalah Islam yang kita terima hari ini.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Akhirnya selesai juga praktikal yang saya jalani hampir 5 bulan semenjak bulan 12 tahun lepas. Menyingkap kembali bagaimana hari pertama menjalani praktikal di Zon Kewangan D hingga la ke hari terakhir menjalani praktikal di Seksyen Kewangan Fakulti Perubatan Veterinar, segalanya berlalu begitu pantas. Usah ditanya apakah pengalaman manis kerana terlalu banyak yang terpahat di ingatan. Pengalaman pahit..? Biarkan ianya menjadi sejarah dan pengajaran..

Mula merindui untuk memasuki pejabat ini..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Seksyen Kewangan Fakulti Perubatan Veterinar atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang dikongsi bersama. Terlalu banyak yang kita kongsikan bersama...


Kak Ayu yang buat coklat nie.. Sedap dan cantik.^_^



Terima Kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada semua.... Insya-ALLAH, semoga bertemu kembali..

Wallahualam.

Nota kaki : Dup dap.... Dup dap.... Dup dap.... VIVA is coming.. Doakan saya semoga semuanya berjalan dengan lancar.



Apr 10, 2011

Siapa kenal MARU...?

Okeyh... Kita take a break kejap. Kepada semua pencinta kucing, adakah anda mengenali MARU...? JIka belum, jom kita berkenalan dengan dia. MARU (maksudnya bulat). Kucing yang popular melalui youtube. Haa... jangan ingat Justin Bieber jer boleh famous kat youtube okay, MARU pun boleh tau. MARU nie tinggal dekat Jepun, dan dia mula famous around tahun 2010. Melalui video ini, MARU ada lebih 10 juta viewers tau. ;)

Hadoii... Sape yang tak geram bila tengok MARU nih..?

MARU sangat sukee bermain dengan kotak...!


MARU will do ANYTHING for a box..



Tapi kadang-kadang tak de kotak, SINGKI pun jadi..


Dalam bucket pun jadi jugak.. Adoiii..


Obsesi MARU dengan kotak nie, sejak dari kecik lagi. Dia main dengan kotak, tidur dengan kotak, semualah dengan kotak. As if "boxes is MARU'S life."

Aikk..! Kepala MARU ilang sudah...


Taraaa....! Ada balik.. ^_^

MUGOMUGO (maru's owner) said that "he will act silly on purpose in order to get people to notice him"



I'm MARU...The Cutest, Strangest and Kawaiii cat on the planet..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...